Trengganu, UMNO tidak selamat?

Setelah ada UMNO Bahagaian di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor kini terbaru di Negeri Trengganu juga ada UMNO Bahagian bermasaalah. Berada di Trengganu semalam dan hari ini sudah dapat banyak maklumbalas berhubung dengan kemelut UMNO Negeri Trengganu yang dikira belum selesai sepertilah juga di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tak usah kiralah Kelantan yang kemelutnya tak kunjung padam.

Selangor sepatutnya tidak ada masaalah kerana YAB Dato' Seri Mohd Najib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, begitu juga di Pulau Pinang diPengerusikan oleh seorang Menteri kanan iaitu Dato' Seri Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO manakala Trengganu di Pengerusikan oleh YB. Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein juga Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kesalamatan Dalam Negeri (KDN) yang banyak pengalaman politik dan begitu juga di Kedah di Pengerusikan oleh seorang Menteri yang juga Naib Presiden UMNO iaitu Dato' Seri Shafie Afdal Menteri Luar Banadr.

Musim tidak ada pemilihan pun UMNO bergelora, walaupun diperingkat Bahagian tapi ianya akan membawa kesan kepada UMNO keseluran negara kerana dilihat UMNO masih tidak dapat mengatasi masaalah yang kecil. Betul UMNO adalah parti terbesar di Malaysia maka tentu ada yang tidak sempurna tapi harus diingat dari kecil akan merebak menjadi besar sekiranya tidak diusahakan selesai semasa kecil.

Yang membuat onar bukannya dikalangan ahli biasa, mereka yang terlibat dalam krisis diperingkat Bahagian adalah pemimpin dan bekas pemimpin yang tentunya masing-masing ada pengikut peribadi yang setia yang boleh mencorakkan perjalanan dan kekuatan UMNO di Bahagian tersebut. Onar terjadi kerana ada yang tak puas hati. Yang dapat saya hidu ialah kerana yang diatas (pemimpin) tidak mengambil kira pandangan dari kalangan mereka yang sudah lama berkhidmat tapi tidak diberi tempat dalam kegiatan parti.

Mereka ini memikirkan ada "Cah Keting" diperingat kepimpinan Bahagian atau pun politik "Cantas" yang mana perkara tersebut akan merugikan parti dan boleh menjuruskan parti UMNO akan kalah dalam pilihanraya umum nanti. Oleh itu mereka memikirkan pemimpin yang demikian harus direhatkan dan diganti dengan mereka yang betul betul tidak memintingkan diri.

Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan telah dimiliki oleh Pakatan Rakyat (PKR) jangan nanti Trengganu juga akan berpindah kepada PKR dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, walaupun ada sedikit masaalah adalah diharapkan pucuk pimpinan dapat menyelesaikannya dengan segara supaya ia tidak merebak dan boleh memusnahkan.

Nampaknya politik Trengganu ini. Kaya dan berkuasa tidak boleh meredakan keadaan, semangat kekitaan tidak mudah dilaksanakan, yang sebenarnya apa yang menjadi rahsia sehinggakan ada diantara wakil rakyat tidak dapat bersama dengan Ketua Bahagian dan Kerajaan Negeri. Yang tersurat sudah nampak, bagaimana yang tersirat.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.