PAS tidak pergi ke jalanan untuk protes

Langkah pengurangan subsidi petrol dan gula

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan menganjurkan protes jalanan mengenai kenaikan harga petrol dan gula yang berkuasa mulai semalam.

Beliau kelihatan bersetuju dengan tindakan para pemimpin pusat mengenai keperluan untuk memotong subsidi memandangkan hutang negara semakin meluas dan berkata terdapat "beberapa isu lain" yang perlu diberi perhatian.

"Tidak, saya tidak fikir kita perlu menganjurkan demonstrasi jalanan. Terdapat baik buruknya perkara ini dan kita mesti memikirkan nasib rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini semalam.

PAS biasanya menganjur protes di jalan-jalan raya sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak terutama ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi apabila harga bahan itu dinaikkan lima kali sejak bekas perdana menteri itu mengambil alih pentadbiran pada Oktober 2003.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak, harga petrol telah dinaikkan sebanyak dua kali untuk RON97 dan sekali untuk RON95, yang baru diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun lalu.

Kesan selepas kenaikan harga petrol (tajuk kecil)

Lewat petang semalam, kerajaan pusat mengejutkan rakyat apabila secara tiba-tiba mengumumkan pengurangan subsidi ke atas beberapa barang keperluan. Harga baru berkuatkuasa mulai tengah malam.

Gula naik 25 sen sekilo (harga baru RM1.90 sen sekilo) sementara minyak jenis RON95 dan diesel naik lima sen sekilo (harga baru untuk RON95 ialah RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.)

Gas Cecair Asli (LPG) juga naik 10 sen. Harga baru ialah RM1.85 sekilo. Harga RON97 akan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Mustafa lebih bimbang mengenai kesan kenaikan harga barang apabila para peniaga akan mengekploitasikan harga baru dan para pengguna menjadi mangsa.

Oleh sebab penguatkuasaan yang lemah, ahli-ahli perniagaan telah melonjakkan harga barang-barang keperluan ketika mengekalkan harga baru walaupun harga minyak turun.

Mustafa berkata jika kerajaan mahu mengurangkan bil subsidi yang membebankan, ia boleh membuat pilihan lain seperti mengkaji semula perjanjian kontrak dengan para pengeluar tenaga elektrik bebas, yang menikmati harga tinggi untuk kegunaan rakyat tetapi masih menerima subsidi.

No comments

Powered by Blogger.