Adakah Blog Kerabu Bersuara Juga Akan Dihalang Oleh SKMM?

Elak beri "peluru politik" kepada pembangkang - Salleh

KOTA KINABALU 15 Sept - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, adalah tidak wajar bagi Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi membuat kritikan terhadap kerajaan secara terbuka kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Beliau berkata, Mohd. Fuad sepatutnya menggunakan saluran kerajaan termasuk menghubungi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung sesuatu isu yang membabitkan agensi di bawah kementerian itu.

"Sebagai anggota pentadbiran kerajaan yang memerintah, saya rasa Mohd. Fuad mempunyai banyak saluran yang boleh digunakan termasuk saluran parti UMNO.

"Apabila kita mengkritik kerajaan secara terbuka di media, kita seolah-olah mendedahkan sesuatu isu itu kepada umum, sekaligus tindakan itu mungkin akan memberi "peluru politik" kepada pihak lain terutama pembangkang untuk menghentam kerajaan...inilah yang kita elakkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Salleh yang juga Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd. Puad pada Isnin yang disiarkan sebuah akhbar yang mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) gagal mengambil tindakan tegas terhadap media alternatif dan blog yang didakwanya kini bebas menyalurkan agenda membenci kerajaan, selain membangkitkan provokasi di dalam negara.

Beliau yang memegang jawatan berstatus menteri negeri itu berharap budaya menghentam sesama sendiri terutama yang membabitkan kementerian lain dalam pentadbiran negara dapat dihentikan demi kebaikan bersama. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.