Semoga UMNO dapat mengalahkan PERKASA

Pergelutan antara beberapa pemimpin UMNO dengan PERKASA menjadikan saya serba salah.

Ada pihak yang menganggap semuanya sandiwara belaka. Namun saya cenderung untuk percaya bahawa beberapa pemimpin UMNO sedang berjuang membebaskan parti mereka daripada cengkaman Gedebe Pasir Mas.

Saya menjadi serba salah kerana pergelutan mereka ini seharusnya baik kepada rakyat dari segi UMNO itu sendiri akan semakin lemah dan mengalihkan tumpuan mereka daripada memperkuatkan UMNO. Tetapi pada masa yang sama, jika kelompok pemimpin UMNO seperti Khairy, Nazri dan KuNan gagal membebaskan diri daripada agenda jahat Ibrahim-Mahathir, maka kelompok ekstrem Melayu akan lebih bermaharajalela.

Justeru sebagaimana Nabi memilih Rom dalam peperangan antara Rom dan Parsi, maka kita perlu juga membuat pilihan.

Saya berharap PERKASA akan dapat dikalahkan dan dikuburkan kerana pemikiran melampau Ibrahim-Mahathir ini lebih besar mudarat kepada orang Melayu dan negara Malaysia.


[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.