DS Najib tolong jangan biar Mahathir batuk

Tun Mahathir telah mula menampakkan batuk-batuk kecil apabila beliau mula menegur Model Baru Ekonomi supaya tidak mengenepikan Dasar Ekonomi Baru.

Bumiputera masih memerlukan tongkat melalui DEB kerana 20 tahun masih belum cukup untuk kaum Bumiputera mengejar kaum lain mungkin kerana kaum lain bergerak terlalu pantas.

Tun M juga mahu penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang konsep 1Malaysia mungkin juga beliau bimbang konsep 1Malaysia ini akan menjadi senjata makan tuan.

Malah Lim Kit Siang juga mula bimbang Tun M menjadi penghalang kepada konsep 1Malaysia kerana LKS melihat 1Malaysia banyak menguntungkan DAP dan boleh dimanipulasikan menjadi “Malaysian Malaysia” gagasan DAP selama ini.

Kesimpulannya DS Najib mesti segera menjelaskan konsep ini sehingga ke akar umbi, agensi-agensi Kerajaan yang masih teraba-raba, GLC yang asyik mencari laba tanpa mempedulikan tanggungjawab sosial dan akhir sekali kepada komponen-komponen BN sendiri yang sedang melihat di mana peluang yang ada.

Jangan dibiarkan Mahathir batuk lagi kerana PRU semakin dekat.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.