Konsert Shiela Majid di Jakarta Khamis ini ditunda
JAKARTA, 21 Sept — Walaupun kecewa Konsert Shiela Majid yang dijadual di sini Khamis ini terpaksa ditunda, sejumlah peminat dan penaja acara itu menganggap ia pilihan terbaik pada ketika hubungan Malaysia dan Indonesia sedang hangat.
Produser acara itu telah membuat keputusan menunda konsert itu ke 15 Februari 2011 berdasarkan beberapa pertimbangan dengan bersandarkan harapan bahawa dalam tempoh itu, ketegangan hubungan telah reda.
Bulan Februari pula dipilih kerana ia lebih dikenali sebagai bulan kasih sayang sebab adanya sambutan hari kekasih pada 14 Februari.
“Diharapkan ini menjadi momen yang akan mengeratkan kembali hubungan mesra Indonesia dan Malaysia,” kata Produser konsert itu Andy Soekasah dari TIS Communications.
Andy berkata pihaknya mencadangkan penundaan itu kerana faktor keselamatan berikutan demonstrasi anti-Malaysia yang diadakan beberapa kumpulan aktivis masyarakat baru-baru ini.
“Untuk Sheila sendiri, kami boleh menjamin keselamatannya tetapi kami khuatir sesuatu akan terjadi kepada penonton. Kita tidak tahu ada NGO suka berbuat yang aneh-aneh, boleh jadi kereta penonton dilempar dengan batu,” katanya.
Berdasarkan respons di facebook dan laman blog Shiela, pelbagai pihak dari penaja hingga peminat menyambut baik penundaan konsert itu, yang diadakan untuk memperingati 25 tahun penglibatan Sheila dalam dunia muzik.
Lebih 300 peminat dari Jakarta, Kuala Lumpur dan beberapa negara lain yang memberikan respons bersetuju dengan penundaan itu untuk kebaikan Sheila dan peminatnya di Jakarta.
“Sheila sendiri mempercayakan kepada kami yang berada di Jakarta kerana penundaan itu adalah untuk kebaikan peminatnya juga. Sementara peminatnyasendiri sebenarnya tidak terpengaruh dengan keadaan ini,” katanya.
Konsert itu menawarkan 3,418 tiket untuk lima kelas mulai dari kelas festival hingga VVIP namun menurut Rani, staf tiket dari pengelola tiket Raja Karcis yang menjadi agen konsert Sheila Majid, tiket yang terjual baru sekitar 400 hingga kini.
Ia bukan kerana kurangnya minat masyarakat untuk menyaksikan penampilan Shiela tetapi lebih kerana kekhuatiran terhadap masalah keselamatan.
“Banyak peminat Sheila menghubungi kami tetapi masih menunda untuk membeli tiket konsertnya, mereka mengatakan takut, jadi akan menunggu situasi menjelang konsert dulu,” katanya.
Untuk peminat yang telah membeli tiket dan ingin mengembalikannya, wang mereka akan dikembalikan sepenuhnya, jika tidak, tiket yang sama masih laku pada 15 Februari 2011, katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment