KSU nafi dakwaan Musa KDN campuri urusan PDRM

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 8 Sept — Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pihaknya mencampuri urusan polis sebagaimana didakwa oleh Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara minggu depan.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, pembabitan pihaknya dalam mesyuarat mingguan dengan polis untuk membincangkan pengagihan sumber dan menyemak fail kes kemungkinan dianggap sebagai satu bentuk campur tangan.

“Kadangkala syor-syor Polis Diraja Malaysia tidak boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Dalam Negeri, jadi kami tidak boleh dianggap sebagai campur tangan (dalam urusan PDRM),” kata Mahmood selepas menyaksikan majlis serah tugas Musa kepada Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.

No comments

Powered by Blogger.