Liverpool mahu gadaikan aset

LIVERPOOL: Pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillet dikatakan mahu menggadaikan aset kelab, misalnya stadium, pusat latihan, pemain, dan siaran televisyen untuk membayar hutang mereka.

Namun, dikatakan pula, pengarah-pengarah Liverpool akan berjuang menghalang agenda Hicks-Gillet.

Hicks-Gillet berhutang sebanyak 237 juta pound sterling kepada Royal Bank of Scotland (RBS). Menurut laporan-paoran di England, RBS akan mengambilalih Liverpool bila Hicks-Gillet tidak membayar hutang sehingga 6 Oktober akan datang.

Hicks-Gillet merancang menjual kelab demi membayar hutang itu. Media-media England menyebut sekurang-kurangnya lima pemilik modal mahu melabur di Anfield. Namun, sejauh ini, tidak ada kejelasan soal agenda tersebut.

Seorang calon pelabur, Kenny Huang, sudah mengundurkan diri dari rancangan pembelian kerana masalah lambat perundingan dan tidak jelasnya proses jual beli.

Liverpool terus dikejar hutang dan memerlukan penyelesaian lain selain menjual kelab. Soccernet mengatakan, Liverpool boleh mendapatkan 290 juta pound sterling dari hasil menggadaikan aset kelab.

Hicks dan Gillet termasuk tiga yang lain adah pengarah Liverpool. Ini bermakna pengarah berpeluang menghanlang rancangan Hicks-Gillet kerana akan ada tiga suara yang menolak agenda tersebut.

Namun, Soccernet mengatakan, Hicks-Gillet akan mengambil tindakan undang-undang jika rancangan mereka dihalang.

No comments

Powered by Blogger.