Manikavasagam mungkin tanding jawatan Naib Presiden PKR

SHAH ALAM 15 Sept — Naib ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kapar, S.Manikavasagam mungkin bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu akhir Oktober ini.

Bagaimanapun, kata Manikavasagam, beliau akan mengumumkan keputusan muktamadnya selepas hari pemilihan bahagian itu pada 26 Sept.

Manikavsagam berkata banyak pemimpin akar umbi keturunan India di Pulau Pinang dan Bahagian Ipoh Barat menyokong beliau bertanding jawatan itu.

"Banyak anggota akar umbi, termasuk dari bahagian penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mahukan saya bertanding jawatan itu untuk membawa perubahan kepada masyarakat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Manikavasagam, yang juga Anggota Parlimen Kapar, berkata 37 hingga 40 peratus daripada 400,000 anggota PKR terdiri daripada kaum India dan oleh itu, seorang pemimpin daripada kaum itu sepatutnya diberi peluang bertanding jawatan tertinggi dalam parti berkenaan. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.