MB: Temuduga individu terlibat `kamera intip’ selepas raya

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia memulakan proses menemuduga individu-individu yang terlibat dalam ‘kamera intip’ yang ditemui di bilik pejabatnya, sebulan lalu.

Proses temuduga itu akan dibuat selepas sambutan hari raya ini, kata Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurut beliau, perbincangan berhubung isu ini akan sentiasa diadakan secara berterusan bagi melihat pemantauan yang sesuai terhadap tahap keselamatan di pejabat beliau.

"Proses temuduga ini merupakan proses kedua selepas mesyuarat diadakan bersama petugas khas berkait isu ini baru-baru ini.

"Kita akan temuduga orang-orang yang terlibat dalam gambar itu. Petugas khas akan terus bermesyuarat dan berbincang sama ada sistem pemantauan sesuai dengan kawalan terhadap individu yang keluar masuk serta rakaman di lif-lif tersebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.

Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.IMG00222-20100908-1206

Pada 11 Ogos lalu, Khalid menjumpai sebuah kamera yang tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21 dan dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti hariannya.

Ekoran penemuan ‘kamera intip’ membawa kepada penubuhan pasukan khas yang diketuai setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin dalam menyiasat perkara berkenaan.

Faekah sebelum ini dilapurkan sebagai berkata bahawa 10 individu telah dikenalpasti namun enggan mengulas lanjut berhubung hal terbabit.

Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Khalid sebaliknya beliau menyerahkan pasukan petugas khas menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkan hal itu kepada polis.

No comments

Powered by Blogger.