MP Telok Kemang: ‘Ahli parti tolak kewibawaan saya’

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 27 Sept — Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas yang gagal dalam pemilihan ketua cabang itu semalam berkata, keputusan itu menunjukkan ahli PKR menolak “kewibawaan saya sebagai wakil mereka”.

“PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang,” kata beliau dalam reaksi yang dikeluarkan menerusi Facebook malam tadi.

Bagaimanapun Kamarul, yang sebelum mengetuai 20 Ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Azmin Ali bertanding jawatan timbalan presiden memberitahu, beliau menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Malah kata Kamarul, beliau juga akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin.

Kamarul tewas di tangan ADUN Port Dickson M Ravi yang menerima 279 undi.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu menerima 137 undi.

Hanya dua calon daripada barisan Kamarul menang dalam cubaan mereka pada pemilihan semalam.

Ketika dihubungi malam ini, Ravi berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan Kamarul untuk memperkukuhkan bahagian tersebut menghadapi pilihan raya umum akan datang.

No comments

Powered by Blogger.