Teater Muzikal Tun Mahathir Cipta Sejarah - Dr Siti Hasmah
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyifatkan Teater Muzikal Tun Mahathir, sebagai suatu persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan.
Pementasan teater ini adalah antara yang paling berjaya dengan lakonan dan skrip cukup bagus.
"Saya cukup kagum dan terpesona dengan seni muzik dan koreografi yang dihasilkan oleh setiap tenaga kerja pementasan teater ini.
"Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menghidupkan suasana dalam pementasan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya di sini, Ahad malam.
Dr Siti Hasmah, isteri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sukar untuk dibayangkan bagaimana sejarah dapat dijadikan satu konsep muzikal dan ternyata ia sesuatu realiti malah berjaya dipentaskan kepada orang ramai.
Hadir sama menyaksikan pementasan teater ini, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama isteri Datin Seri Maznah Rais.
Teater muzikal, yang dipentaskan selama 14 hari sehingga 4 Okt, menceritakan mengenai kehidupan Dr Mahathir dari kecil, semasa memegang jawatan Perdana Menteri hinggalah kepada kehidupannya pada masa kini.
Ia membariskan Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).
Teater muzikal itu diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA Rosminah Mohd Tahir manakala skripnya ditulis oleh Ismail Kassan.

No comments
Post a Comment