Nazri kini jelas pemangkin perpecahan Melayu

Setelah kemelut polemik yang ditimbulkan pemimpin UMNO pro-Liberal seperti Dato’ Seri Mohd. Nazri “Pengkhianat Melayu” Tan Sri Aziz yang menentang NGO pro-Melayu seperti PERKASA dan mempersoalkan akhbar Utusan Malaysia yang memberikan sokongan kepada agenda Melayu yang didukung dan bawa NGO tersebut, kini keadaan makin rumit. Hari ini, Nazri mencabar PERKASA didaftarkan sebagai parti politik dan bukan hanya sebuah NGO.

“Jangan cakap banyak, kalau PERKASA anak jantan, daftarlah sebagai parti politik. Buktikan ianya masih mendapat sokongan orang Melayu”, cabar Nazri di majlis rumah terbuka beliau di Kuala Kangsar.

Jelas cabaran Nazri ini wajar dilihat sebagai agenda strategik untuk memecahkan untuk mengeruhkan keadaan dan lebih memecah belahkan Bangsa Melayu. Semalam Perdana Menteri ke IV dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan amanat bahawa orang Melayu sedang berada dalam ancaman dan akan kehilangan kuasa dan berakhir sebagai ‘minoriti’ walaupun mempunyai bilangan ‘majoriti’ akibat perpecahan. Dewasa ini Bukan Melayu mula lantang menuntut agar hak istimewa orang Melayu dikurang dan akhirnya dimansuhkan dan laungan ini disambut golongan Melayu Liberal.

Sejarah membuktikan orang Melayu yang bersatu padu mempunyai kuasa politik yang jitu, walaupun berada serba kekurangan. UMNO berjaya mengumpul 29 NGO Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor dan menjadi satu gerakan politik yang amat kuat sehingga Malayan Union yang telah pun ditanda tangani oleh sekelian DYMM Raja Raja Melayu digagalkan. Kemudian Perjanjian Tanah Melayu bertarikh 1 Februari 1948 yang ditanda tangani oleh British dan Raja Raja Melayu dengan UMNO sebagai pemerhati dan saksi penjanjian dikuat kuasakan sebagai ganti Malayan Union.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditanda tangani pada 21 Januari 1948 ini merupakan bukti bahawa negara ini ujud bawah ‘Ketuanan Melayu’ dimana kedudukan orang Melayu merupakan tunggak asas landasan negara ini dilahirkan dan peruntukan perjanjian ini merupakan semangat dan roh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 apabila Kemerdekaan dicapai.

Dalam keadaan ancaman keganasan pemberontakan kominis, UMNO berjaya menjana kerjasama politik bersama MCA dan MIC sehingga mendapat mandat besar dalam pilihanraya pertama 1955 dan kerajaan autonomi terdiri dari warga Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Kemudian kerajaan kerjasama yang diterajui oleh pemimpin UMNO ini berusaha keras untuk Kemerdekaan dirundingkan. Nasionalism Melayu yang berjaya dijana UMNO merupakan tunggak kuasa demokrasi yang membuahkan hasil kerana semasa pilihanraya 1955, lebih 80% pengundi berdaftar merupakan orang Melayu.

Nazri juga secara angkuh mengatakan, “Politik perkauman sudah tidak relevan lagi”. Ini adalah pendapat yang amat salah kerana Perjuangan menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu merupakan asas kuasa yang dijana oleh UMNO melalui lunas demokrasi, yang juga kekuatan kuasa pada parti parti komponen Barisan Nasional yang bergantung kepada undi Melayu dan memboleh ‘Kerajaan Kongsi Kuasa’ yang ditubuhkan semenjak 55 tahun lampau.

Tanpa UMNO memperjuangkan kuasa politik orang Melayu, nescaya BN tidak mampu berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil dan mampu menjana pembangunan dan memacu pengembangan ekonomi, pertumbuhan fizikal dan peningkatan sosio-budaya dan kedudukan ekonomi sehingga Malaysia sampai ketahap ini, tanpa berlaku konflik antara kaum dan kepercayaan dalam keadaan komposisi majmuk dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sebelum ini, Nazri pernah secara keterlaluan menggelar Negarawan Unggul Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘Rasis’ kerana mempertahankan Biro Tata Negara. Beliau juga menuduh BTN sebagai agen perkauman. Baru baru Nazri secara angkuhkan menafikan kedudukan beliau sebagai anak kelahiran Melayu yang sejarah telah membuktikan kelayakan automatik sebagai warga Persekutuan Tanah Melayu (berbanding dengan Bukan Melayu yang perlu membuktikan kelayakan dan ketaat setiaan mereka untuk mendapat tahap kewarga negaraan itu). Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin pernah secara tegas mengumumkan bahawa beliau “Melayu dahulu, (warga) Malaysia kedua”.

“I am Malay first. But being a Malay does not mean that I am not Malaysian”. Sebagaimana yang dijelaskan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin, bahawa Gagasan 1 Malaysia merupakan satu ketetapan untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Hak Istimewa dan kedudukan orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pengarang Mingguan Malaysia Awang Selamat minggu ini memilih untuk menjawab kenyataan reaksi Nazri kepada artikel“Alahai Nazri….” (Ahad 19 September 2010), yang dipaparkan melalui media anti-Melayu Malaysian Insider “Surat terbuka kepada Awang Selamat” pada 26 September 2010. Perbalahan melalui media termasuk pro-anasir yang sememangnya mahu melihat penguasaan politik Melayu gagal merupakan perkembangan amat tidak sihat bagi politik orang Melayu, yang akan diperkuda dan manipulasikan segelintir Bukan Melayu yang mencari peluang dalam perpecahan Melayu dan golongan Melayu Liberal.

Sudah amat jelas bahawa Nazri sudah menjadi liabiliti kepada UMNO dan Bangsa Melayu. Beliau juga telah membuktikan sebagai tidak layak menjadi pemimpin tinggi mewakili orang Melayu (kerana kedudukan beliau diangkat melalui UMNO). Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar tidak melengahkan pemecatan Nazri dari Kabinet dan membawa usul agar Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Nazri kerana menjadi ‘pemangkin perpecahan Melayu’.

Amat malang sekiranya Nazri keluar meninggalkan Kabinet dan UMNO untuk menuruti Mantan Menteri Undang Undang Dato’ Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR kerana ianya mempunyai kekalahan moral kepada Perjuangan Agenda Melayu dan Melayu Liberal yang berjaya mendapatkan ‘untung politik’.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.