Muhd Taib: ‘Kita tengok, kita perhati’

SHAH ALAM, 18 Sept — Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Muhd Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan Umno di Selangor.

Beliau menafikan dakwaan bahawa beliau kecewa atau merajuk dan menjalani kehidupan biasa selepas tidak memegang jawatan penting setelah pilihan raya umum Mac 2008.

“Kita tengok, kita perhati. Saya kini lebih banyak berehat,” katanya kepada petugas media yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di sini malam tadi.

Pertemuan semalam membolehkan media mendengar ulasan daripada Muhammad, yang merupakan Ketua Bahagian Umno Kelana Jaya, mengenai kedudukannya selepas menyepikan diri kira-kira dua tahun.

Mengenai percaturan masa hadapan politiknya selepas 40 tahun bergelumang dalam dunia politik, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmmad Badawi, berkata biarlah masa menentukannya. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.