UMNO bersedia untuk PRU 13 - meleset!
CATATAN ANUAR MOHD NOR - Penyajak Indonesia Rendra, pernah menulis, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Namun dalam FB saya, saya menulis petikan berikut : Bila dikatakan perjuangan itu perlaksanaan kata-kata, apa yang ada hari ini adalah kata-kata itu diletakkan sebagai satu perjuangan, ia hanya merugikan kalau kita terpengaruh..
Apa makna dan maksudnya. Maksudnya adalah perjuangan yang ada hari ini amat mudah – hanya dengan kata-kata dan tidak ada pelaksanaan. Ia tidak menjadikan ucapan itu satu perjuangan malah mungkin menjadi omongan retorik sahaja. Dalam UMNO juga begitu. Semua adalah kata-kata, semua ada janji-janji namun janji-janji perjuangan itu terbatas dan tersekat-sekat. Semua hanya mampu berkata-kata tetapi kata-kata itu hanya untuk tujuan lain. Tujuan adalah untuk menyatakan tersebut terpapar di muka akhbar agar kita dapat dikenali. Sekiranya di kenali maka pasport untuk mendapat apa yang dihajati adalah besar dan mungkin diperoleh. Semua kerana pengaruh politik.
Hari ini kita lihat lagi, kepimpinan yang sedar akan apa yang berlaku, kekurangan yang ada dan langkah yang sepatutnya diambil untuk menjayakan agenda UMNO namun hanya ada dari segi kata-kata tetapi tidak komitmen dan pelaksanaan. Semua seakan terbantut. Perubahan yang dimahukan tidak dapat diperoleh setakat ini – maka UMNO masih tinggal di tahap lama tanpa perubahan. UMNO akan berada di tahap yang sama sehingga mereka berdepan dengan keruntuhan. Mungkin keruntuhan itu akan mengajar dan mendesak perubahan. Mungkin itu yang dapat menyedarkan. Mungkin setelah semua runtuh maka baru usaha untuk mengembalikan perjuangan kepada pelaksanaan kata-kata dilaksanakan.
Setakat ini masih tidak nampak usaha pembaikan yang dilakukan oleh UMNO dapat menarik perhatian pemulangan undi kepada UMNO. UMNO masih lagi gugup dalam soal-soal penerangan, media-media alternatif dan ahli masih lagi gagal melihat masalah yang mereka akan hadapi dan berdepan. Kepimpinan UMNO nampak masalah yang ada, perjuangan yang perlu dalam media tetapi sering kecundang dengan pelaksanaan.
Setakat hari ini, memperkukuhkan ahli dan hubungan dalam UMNO masih di tahap yang amat tidak meyakinkan. Kalau ada ahli UMNO yang mengatakan UMNO sudah pulih dan bersedia untuk pilihan raya akan datang – maka itu adalah kenyataan yang bagi saya meleset.
[Sumber]

No comments
Post a Comment