Presiden umum bertanding di Facebook


LAGOS - Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya yang akan diadakan pada Januari depan menerusi laman Facebook, menurut satu kenyataan semalam.

"Saya Goodluck Ebele Jonathan dengan kurniaan Tuhan menawarkan diri saya dan perkhidmatan saya untuk rakyat Nigeria sebagai seorang calon untuk menduduki pejabat Presiden pada pilihan raya 2011 yang akan datang," kata Presiden itu di laman Facebook.

Menurutnya, satu pengisytiharan rasmi akan dibuat Sabtu ini.

Seorang pembantu Presiden, Bolaji Adebiyi memberitahu, mesej di Facebook itu mewakili niatnya yang murni untuk bertanding jawatan Presiden atas tiket Parti Demokratik Rakyat.

Jonathan berkata, dia membuat keputusan itu selepas membuat perundingan dengan teliti di seluruh Nigeria.

Beliau yang berumur 52 tahun dan beragama Kristian mengisi kekosongan jawatan Presiden ekoran kematian Umaru Yar'Adua pada Mei tahun lalu. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.