Pendidikan Seks tidak mampu tangani gejala sosial
Oleh Hafizan Taib
SHAH ALAM, 19 Nov – Mata pelajaran Pendidikan Seks dikhuatiri tidak mampu menyelesaikan gejala kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi dan penularan hubungan seks bebas.
Exco Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kegelinciran moral dan tanggungjawab di kalangan muda belia harus dilihat dari pelbagai sudut pandangan, dan ia perlu ditangani secara holistik dan bersepadu.
Kementerian Pelajaran dilapor bercadang memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Seks tahun hadapan, sebagai tujahan memerangi gejala pembuangan bayi dan moral mutakhir ini.
Dr Halimah melahirkan kebimbangan mata pelajaran yang cuba diajarkan pada anak-anak bersifat terhad dan terlalu khusus. Beliau meletakkan kepentingan kepada pembinaan jati diri insan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada keluarga, rakan dan masyarakat.
“Sebenarnya, kalau proses pendidikan ini syumul, holistik dan sepadu, maka segala benda atau tujuan pendidikan… akan sampai pada matlamatnya dan mampu menjamin masa depan,” katanya.
Persoalannya, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan nasional dalam memerangi kegelinciran moral, sehingga mendesak kepada pengenalan matapelajaran Pendidikan Seks.
“Kita tidak boleh tergesa-gesa adakan mata pelajaran pendidikan seks ini, hanya kerana gejala pembuangan bayi, kelahiran anak luar nikah, jual anak, berlelusa sekarang ini,” katanya.

No comments
Post a Comment