Auku tidak releven, mahasiswa UKM teruskan pengajian
PUTRAJAYA, 26 Jan - Permohonan injuksi menghalang tindakan disiplin diambil ke atas empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan tindakan disiplin kerana dituduh terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor ditarik balik.
Ketua panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Low Hop Bing bersama Hakim Datuk Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, juga bersetuju sebulat suara bagi mendengar rayuan kes saman pemula mencabar kewibawaan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971.
Jenine Gill yang mewakili mahasiswa berkenaan berkata, hakim bersetuju membenarkan permohonan injuksi ditarik balik memandangkan pihak UKM tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka, dan perkara ini juga telah dipersetujui oleh wakil Peguam Kementerian Pengajian Tinggi.
“Permohonan untuk mengekalkan injuksi telah ditarik balik kerana tiada tindakan diambil oleh pihak UKMM terhadap para pelajar ini dan sekiranya mereka mengambil apa-apa tindakan, kita akan memfailkan injuksi sekali lagi. Sementara itu, kita akan memohon untuk mempercepatkan pendengaran kes,” jelas beliau yang mewakili Malik Imtiyaz Sarwar memfailkan rayuan hari ini.
Jelas beliau lagi, keempat-empat mahasiswa berkenaan iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai juga boleh meneruskan pengajian mereka yang kini dalam semester terakhir jurusan Sains Politik di UKM.
Rayuan saman pemula difailkan oleh mereka setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka tahun lalu bagi mengiktiraf bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kebebasan bersuara.
Hilman yang ditemui di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Rayuan berkata bahawa rayuan mereka masih berasas dan tetap dengan pendirian bahawa Auku tidak lagi relevan untuk dipertahankan kerana ia bercanggah dengan hak asasi yang sepatutnya diberi kepada mahasiswa untuk berpolitik sebagai warganegara yang layak mengundi.
“hari ini adalah hari yang penuh sejarah kerana di awal permulaan 2011 kita mulakan dengan satu lagi perlawanan dengan Auku. Diperingkat pergerakan mahasiswa kami masih menganggap Auku ini dapat dimansuhan dan yang lebih penting ialah beberapa pindaan-pindaan besar yang dilakukan dalam Auku,” jelas beliau.
Beliau berkata, pihak UKM juga telah bertindak dengan bijak kerana memilih untuk tidak meneruskan kes di mahkamah sambil membenarkan kes rayuan diteruska

No comments
Post a Comment