Hukum Berkongsi Menjual Daging Babi
Apakah hukumnya kedai atau sebarang pusat perniagaan kepunyaan orang-orang Islam yang dijaga atau diuruskan oleh orang-orang bukan Islam menjual atau berkongsi menjual daging babi di dalamnya?
Jawapan:
Apabila orang Islam menjalankan urusan perniagaan, sama ada dia sendiri menguruskan perniagaan itu atau orang lain bagi pihaknya, maka ia tertakluk kepada syarat-syarat jual beli dalam Islam. Di antaranya, barang-barang yang didagangkan atau dijual itu hendaklah bersih ‘ainnya. Oleh yang demikian tidak sah jual beli benda atau barang yang najis ‘ainnya.
Al-Imam Al-Nawawi ketika membentangkan syarat-syarat bagi benda-benda yang hendak dijual menyatakan:
وَلِلْمَبِيْعِ شُرُوطٌ: طَهَارَةُ عَيْنِهِ، فَلَا يَصِحُّ بَيْعَ الْكَلْبِ وَالْخَمَرِ وَالْمُتَنَجِّسِ الَّذِى لِا يُمْكِنُ تَطْهِيْرُهُ كَالْخَلِّ وَاللَّبَنِِ، وَكَذَا الدُّهْنُ فِى الْأَصَحِّ
Ertinya: “Bagi barang-barang yang hendak dijual mempunyai syarat-syarat, bersih ‘ainnya, tidak sah menjual anjing, arak dan barang-barang yang kena najis yang tidak boleh dibersihkan seperti cuka (yang kena najis) dan susu, demikian juga minyak, menurut qaul yang ashah.”
Adapun sandaran pengharaman ini ialah sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:
إَنَّ اللهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيْرِ وَالْأَصْنَامِ
(رواه البخارى ومسلم)
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir (babi) dan patung-patung.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, maka haram ke atas orang Islam menjual daging babi sama ada secara langsung atau tidak, yakni sama ada dia sendiri yang menjualnya atau orang lain bagi pihaknya, atau orang Islam itu berkongsi dengan orang bukan Islam.
Sayugialah diingat oleh orang Islam apabila menjalankan perniagaan, dia sebenarnya mengharapkan kumia Allah:
يَبْتَغُونَ مِن فَََضَْلِ اللهِ
(سورة المزمل:20)
Tafsirnya: “Mereka mencari sebahagian daripada kurnia Allah.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Hendaklah diingat juga bahawa peniaga yang benar dan amanah itu bersama para nabi, para shiddiqqin dan para syuhada. Maka di antara sifat para nabi dan shiddiqqin itu ialah taqwa. Atas dasar taqwa itulah Nabi Shallallhu ‘alaihi wasallam memperingatkan para peniaga:
إِنَّ التُّجَّارَ يَبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنِ اتَّقَى اللهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ
( رواه الترمذى وابن ماجه وابن حبان والحاكم)
Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dalam keadaan berdosa, melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan
bercakap benar.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Di antara etika perniagaan dalam Islam, ialah barang-barang yang diperniagakan itu hendaklah halal dan bukan yang diharamkan oleh syara’. Perkara ini jelas menurut sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
لَعَنَ اللهُ الْيَهُودَ ثَلَاثًا، إِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَيْهِمُ الشُّحُومَ، فَبَاعُوهَا وَأَكَلُوا أَثْمَانَهَا، وَإِنَّ اللهَ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ
( رواه احمد وابو داود عن ابن ماجه)
Maksudnya: “Allah telah melaknat orang-orang Yahudi, sesungguhnya Allah telah mengharamkan lemak ke atas mereka, lalu mereka menjualnya, kemudian memakan hasil harga jualannya. Dan sesungguhnya apabila Allah telah mengharamkan memakan sesuatu ke atas satu-satu kaum, maka Dia juga mengharamkan harganya ke atas mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Ibnu Abbas)
Kaedah fiqhiyyah juga menyebutkan tentang haram mengambil hasil barang jualan yang haram:
كُلٌٌّّ مَا لَا يَجُوزُ أَكْلُهُ أَوْ شَرْبُهُ مِنَ الْمَأْكُولَاتِ وَالْمَشْرُوبَاتِ لَا يَجُوزُ بَيْعُهُ وَلَا يَحِلُّ ثَمَنُهُ
Ertinya: “Setiap yang tidak dibolehkan memakannya atau meminumnya daripada makanan dan minuman itu, tidaklah dibolehkan menjualnya dan tidak halal memakan hasil harga jualannya.”
Kaedah ini antara lain didasarkan kepada hadis Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:
وَقَدْ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ قِرْبَةٌ مَمْلُوءَةٌ خَمْرًا لِيَهْدِيَهُ إِلَى النَّبِى، فَقَالَ لَهُ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ: إِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ الْخَمْرَ، قَالَ لَهُ : إِذَنْ أَبِيْعُهَا. قَالَ : إِنَّ الَّذِى حَرَّمَ شَرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا. قَالَ : إِذَنْ أُكَارِمُ بِهَا الْيَهُودُ- أَيْ يَهْدِيهَا لَهُمْ مُجَامَلَةً- فَقَالَ : إِنَّ الَّذِى حَرَّمَ بَيْعَهَا وَشَرْبَهَا حَرَّمَ أَنْ تُكْرِمَ بِهَا الْيَهُودُ. قَالَ : فَمَاذَا أَصْنَعُ بِهَا؟ قَالَ: إِذْهَبْ فَشُنَّهَا عَلَى الْبُطْحَاءِ أَىْ صُبَّهَا وَأَهْرِقْ مَا فِيهَا عَلَى الطُّرُقِ
( رواه الحميدى فى مسنده)
Maksudnya: “Bahawa Baginda telah didatangi oleh seorang yang bersamanya bekas menyimpan (air) daripada kulit yang penuh dengan arak untuk dihadiahkannya kepada Nabi. Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada orang itu: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak.” Sahut orang itu: “Kalau begitu aku jual sahaja arak tersebut.” Sabda Baginda: “Haram meminumnya, maka haram pula menjualnya.” Jawab orang itu lagi: “Kalau begitu, akan aku hadiahkan kepada orang Yahudi sebagai tanda persahabatan.” Sabda Baginda lagi: “Haram menjual dan meminumnya, haram pula menghadiahkannya kepada orang Yahudi.” Kata orang itu: “Apakah yang hendak saya lakukan dengan arak itu?” Sabda Baginda: “Pergilah dan jiruskan ke jalan.”
(Hadis riwayat Al-Humaidi dalam Musnadnya)
Sesungguhynya bidang perniagaan sangatlah disukai oleh syara’ dan ianya merupakan salah satu sumber rezeki kepada individu dan negara. Mencari rezeki dengan jalan perniagaan adalah mencari sebahagian daripada kurnia Allah. Lihat ayat dalam surah Al-Muzzammil di atas dan ayat-ayat berikut:
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ
( سورة البقرة: 198)
Maksudnya: “Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia daripada Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji).”
(Surah Al-Baqarah: 198)
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاَةُ فَانتَشِرُوا فِي الأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ
(سورة الجمعة: 10)
Tafsirnya: “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah.”
(Surah Al-Jumu’ah: 10)
Namun sewaktu mengendalikan perniagaan atau bermuamalah dalam perniagaan, orang-orang Islam hendaklah mengikut etika perniagaan dalam Islam, terutamanya dalam perkara halal haram, najis dan tidak najisnya sesuatu yang diperniagakan itu dan lain-lain sebagaimana yang digariskan oleh ulama-ulama Islam mengenainya. Menjual barang-barang yang najis atau apa saja yang ditegah oleh syara’ bukanlah sifat orang Islam yang bertaqwa. Ketiadaan sifat taqwa ini dengan sendirinya menjauhkan peniaga Islam daripada bersama-sama dengan para nabi, para shiddiqqin dan para syuhadâ’, bahkan sebaliknya mereka akan dibangkitkan dalam keadaan berdosa.
Berkongsi niaga dengan orang bukan Islam tidaklah dilarang. Akan tetapi orang Islam hendaklah mengambil kira semua persoalan hukum halal haram, sebagaimana ketika dia berniaga secara bersendirian tanpa rakan kongsi dengan orang bukan Islam.
Peniaga Islam juga adalah terdedah kepada banyak hal yang mendorong kepada dosa, seperti memakan riba, berdusta, bersumpah, menipu, membelit, mengelirukan, mengurangi timbangan, mengurangi sukatan, menyorok barang-barang (untuk tujuan memonopoli).
Supaya peniaga-peniaga Islam itu tidak terjebak kepada hal-hal yang mendorong kepada dosa ini, sama ada secara disedari atau tidak, maka wajib mereka mempelajari hukum-hakam yang berkaitan dengan hukum jual beli. Inilah yang diperingatkan oleh pengarang kitab: Al-Nashâ’ih Al-Dîniyyah wa Al-Washâyâ Al-Îmâmiyyah yang juga membawakan nasihat Sayyidina Umar Al-Khaththab:
“Jika anda seorang pedagang yang berjual beli, maka wajib atasmu meninggalkan semua muamalah (berjual beli) yang tidak sah, atau muamalah yang haram dan makruh. Untuk membezakan semua ini, hendaklah anda mempelajari hukum syara’ dan melengkapkan diri dengan ilmu fiqh yang menentukan syarat-syarat berjual beli di dalam hukum Islam. Hal ini adalah wajib, tidak boleh diabaikan oleh setiap pedagang mukmin.”
Berkata Sayyidina ‘Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu:
“Tidak boleh menjual atau membeli di pasar, melainkan orang itu telah terlebih dahulu mengetahui hukum berjual beli yang ditentukan oleh ilmu fiqh. Siapa yang tidak memenuhi syarat ini, dikhuatiri akan memakan riba sedang dia tiada mengetahui.”
Demikian pesanan Sayyidina ‘Umar Ibnu Al-Khaththab kepada sekalian pedagang muslimin. Memang apa yang dikatakan oleh beliau itu adalah benar dan sering berlaku kepada kebanyakan pedagang muslimin, sedang mereka tiada menyedari.
Apa yang dapat kita rumuskan dengan kedua-dua soalan ini ialah apabila peniaga Islam sendiri sama ada secara sedar atau tidak, telah menjual daging babi di gedung-gedung perniagaannya, atau peniaga-peniaga bukan Islam menjual daging babi di gedung-gedung perniagaannya, walaupun dikatakan telah terpisah di ruang yang terasing, tetapi masih di bangunan yang sama, maka keadaan itu menjadikan tiada jaminan bagi barang-barang jualan itu tidak akan bercampur-campur, sama ada percampuran itu melalui alat-alat kegunaan atau cara-cara pengendalian dan sebagainya. Oleh itu sayugia ia dilarang dan dielakkan.
Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1998
Nota: siri30/1998

No comments
Post a Comment