Novel Interlok: Apa Masalahnya ?

BBB, 08 Safar = 13 Januari (Khamis):

Tiba-tiba dunia sastera tanahair yang selama ini sepi heboh dikejutkan oleh protes terhadap pemilihan novel Interlok sebagai teks bagi matapelajaran sastera pada peringkat SPM. Novel ini sebenarnya sudah lama dihasilkan sebagai keputusan pertandingan penulisan novel sempena 20 tahun Merdeka (1967) di bawah kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini diberi anugerah penghargaan. Tidak ada yang memenangi peringkat pertama dan kedua. Peringkat ketiga dimenangi oleh novel Sandera oleh Arenawati. Novel Interlok yang diberi penghargaan Saguhati ini dihasilkan oleh Abdullah Hussein seorang novelis terkenal. Beliau salah seorang yang diangkat sebagai sasterawan Negara kerana sumbangannya di dalam bidang kesusasteraan, terutama di dalam penulisan novel dan cerpen.

Mengapa timbulnya protes terhadap pemilihan Interlok sebagai teks sastera SPM ? Protes timbul selepas teks ini dipilih sebagai teks SPM yang diharap dari temanya yang membicarakan tentang perpaduan kaum sebagaimana yang dibicarakan di dalam teks itu memberi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar di dalam usaha memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Protes timbul apabila T. Murugiah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menerima aduan dari kalangan masyarakat India yang memprotes dengan wujudnya elemen kononnya menghina masyarakat India. Antara protes membawa kepada pembakaran teks berkenaan. Perbuatan ini dianggap tidak sihat dan boleh membawa keretakan perpaduan kaum di Negara ini. Berhubung dengan protes ini menimbulkan pro dan kontra. Begitu juga ada cadangan menarik balik buku ini dari dijadikan teks SPM, manakala ada yang mencadangkan agar diubahsuai.

Hari ini satu pertemuan diadakan di PKNS, Bandar Baru Bangi dianjurkan oleh pihak prihatin yang terdiri dari Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), Wakil-Wakil dari Malaysian Indian Movement, Hindraf, Malaysian India Voice, PHPP dan Seniman dan Budayan Tanahair yang berjumlah lebihkurang 30 orang.. Antara yang hadir seperti Saudara Shamsuddin Othman (Dinsman), Kassim Muhammad, Haji Razali, Hasni Abbas, Mohd Taib Nordin, Suhaizan bin Kaiat, Mohd Adram Musa, M.Balasubramaniam, GP Chandran, S. Srianarayanan, V. Raidu, V. Gandzettreh, R. Sathia Ramasamy, Chandran dan lain-lain lagi.

Perbincangan dari jam 3.00 hingga 5.00 petang itu dipengerusikan oleh saudara Suhaizan Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat. Inti persoalan dari masyarakat India, mereka tidak berpuashati dari penggunaan istilah `paria` (hlm. 211) dalam teks itu yang dianggap boleh menjatuhkan imej masyarakat India. Jika demikian tidak wajar teks digunakan pada peringkat SPM. Pada sebelah pihak yang lain mempertahankan, Itu adalah reality dari segi sejarah. Pada poeringkat awal abad 20 ramai boroh yang didatangkan dari India ke Malaya pada masa itu bekerja di lading-ladang getah dan boroh keretapi di Negara ini. Antara mereka dari kasta rendah – Paria. Begitu juga boroh dari negeri Cina yang bekerja di lombong-lombong di Negara ini, di samping orang Melayu yang sedia berada di Negara ini. Hujah yang mempertahankan teks sebagai reality sejarah, bahawa gambaran yang dianggap negative di dalam novel ini bukan setakat terhadap golongan India,antaranya diwakili watak Maniam tetapi juga terhadap masyarakat Cina, antaranya diwakili watak Cheng Huat. Umpamnya menggambarkan antara orang Cina yang datang ke sini bekerja `Cina angkat tahi` (hlm. 139). Ini adalah reality pada masa itu. Manakala gambaran terhadap masyarakat Melayu sebagai `Orang Melayu malas` ! Watak Utama Melayu di dalam novel ini ialah Seman.

Setelah berbincang lebih kurang dua jam semacam ada persetujuan, bahawa teks Interlok tak perlu ditarik balik. Sebaliknya dicadangkan di dalam teks disediakan glosari penerangan bagi istilah-istilah yang dianggap kontroversi dan mengelirukan, agar pelajar dan pembaca mendapat bimbingan dan penerangan. Satu cadangan juga diterima agar diwujudkan buku ulasan mengenai teks yang dapat menjadi panduan kepada pelajar-pelajar.

Walau bagaimana pertemuan merasa ada perkara-perkara yang belum dapat diselesaikan dan memerlukan pertemuan lanjut. Pertemuan berikutnya dicadangkan pada Rabu 19 Januari 2011, jam 2.30 petang di tempat yang sama. Cadangan Adun Bangi agar disediakan kertas kerja panduan diterima. Dua kertas kerja bakal disediakan, satu dari pihak penganjur dan satu lagi dari pihak yang mewakili kaum India.

Sekian.

YB Adun Bangi, YB Shafie

1 comment

Anok Kelate Jati said...

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua kaum yang ada di Malaysia. Saya berasa amat terkilan dengan komen sesetengah kaum India yang tidak mahu menerima hakikat sesebuah sejarah. Sejarah itu adalah perkara sebenar dan tidak boleh nak di ubah..bolehkah kita pergi ke India dan mintak kerajaan India memansuhkan sejarah kasta-kasta yang diwujudkan oleh kerajaan India terdahulu..atau mahukah kita dapatkan kepastian dari kerajaan India akan pengesahan kasta sebenar sesetengah kaum India yang wujud di Malaysia. Saya rasa tak perlu, lagipun isu ini tidak pernah dimainkan oleh kaum-kaum lain di Malaysia selama ini..yang kita terasa sangat kenapa? So janganlah jadi sensitif sangat, even Mahathir pun mengaku dan terima hakikat bahawa beliau adalah dari keturunan mamak..tak terjejas pun darjat dia..entah lah saya tak paham!!!!!

Powered by Blogger.