Amalan Cantas Mencantas Dalam Umno Buka Ruang Kepada Pembangkang - Mukhriz
KULIM, 15 Jan (Bernama) -- Amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno akan membuka lebih ruang kepada kemaraan pembangkang yang sentiasa mencari faktor melemahkan aktiviti jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata para pemimpin Umno Bahagian di Kedah perlu menjauhi amalan politik cantas jika mereka bertekad mahukan BN merampas semula Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak lagi sanggup melihat senario pilihan raya umum ke-12 berulang kerana kini Perdana Menteri telah berusaha keras mengembalikan kepercayaan pengundi yang telah dipesongkan pengaruh kempen pembangkang," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Terat Batu, Padang Serai, pada hari Sabtu.
Mukhriz berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berhubung isu amalan cantas mencantas di kalangan pemimpin Umno di Kedah yang disifatkannya akan melemahkan usaha menawan semula Kedah daripada pembangkang.
Mukhriz berkata pemimpin dan anggota Umno di Kedah kini perlu menumpukan kepada perpaduan dan kerjasama lebih padu dan erat kerana amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dijadikan kenyataan.
Program anjuran Umno Bahagian Padang Serai itu bermula dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bermalam di rumah seorang penduduk di kampung itu malam semalam.
Pagi tadi, Mukhriz bersama hampir 100 penduduk di kampung itu bersolat Subuh di Masjid Jamik Al Syahida yang diimamkan oleh imam masjid tersebut Mohd Saad Bakar.
"Ini diikuti dengan sesi minum pagi yang diadakan di sebuah warung bersebelahan masjid tersebut yang dapat lebih memesrakan lagi pemimpin di peringkat pusat dengan masyarakat di kampung tersebut," kata Ketua Umno Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud ketika ditemui hari ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya memang berhasrat mendekatkan pemimpin Umno Kedah dengan rakyat supaya mereka lebih memahami kehidupan masyarakat bawahan, lebih-lebih lagi yang dekat dengan pembangkang.
Bagi keluarga Mohamad Zaki Abdul Rahman, 47, dan isterinya Fatimah Mohd Noor, 40, merasa amat terharu dan gembira kerana Timbalan Menteri itu telah bermalam di rumah mereka dalam lawatan pendeknya semalam dan pagi ini.

1 comment
teruskan cantas-mencantas.
Post a Comment