Nurul Izzah gesa PM siasat terbuka isu azan
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
PETALING JAYA, 18 Jan — Nurul Izzah Anwar mahukan satu siasatan terbuka berhubung isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Lembah Pantai sambil berkata ia perlu memandangkan wujud “pertindihan fakta” antara penjelasan Putrajaya dan pengurusan masjid tersebut.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, ketua imam masjid Mahadi Abdullah mengaku telah memperlahankan laungan azan ekoran arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Ada beberapa pertindihan, khususnya apabila (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan arahan dikeluarkan supaya masjid memperlahankan laungan azan.
“Khamis lalu, Mahadi Abdullah mengatakan bahawa masjid mengurangkan nada azan ekoran arahan daripada Jawi... Jawi seharusnya mengeluarkan garis panduan mengenai azan, agar dapat digunakan di seluruh negara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” kata Nurul Izzah (gambar), yang juga Naib Presiden PKR dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Persoalan di sini sama ada benar Perdana Menteri dan menteri-menteri lain menerima surat aduan (pengadu yang mendakwa dia ahli MCA) dan apakah respons Perdana Menteri?
“Meskipun pengadu telah membuat permohonan secara terbuka, adalah penting siasatan terperinci dan terbuka diadakan untuk menjelaskan bagaimana perkara itu tercetus... menjadi harapan saya isu ini tidak diketepikan begitu sahaja demi kepentingan rakyat Malaysia dan juga penduduk Lembah Pantai yang ingin mengetahui kebenaran,” kata Nurul Izzah.
Semalam, ahli MCA berkenaan Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi, Lembah Pantai diperlahankan.
“Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya.
Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.
Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.
Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.
Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, yang turut hadir sidang media semalam berkata, isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.
Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.
Malah, Raja Nong Chik juga menafikan adanya arahan daripada pihak atasan yang meminta pihak masjid memperlahankan suara azan berikutan aduan Ng.
“Pihak Jawi sendiri menafikan bahawa adanya arahan tersebut dan saya sendiri tidak tahu-menahu mengenainya,” katanya.

No comments
Post a Comment