Rakyat Bijak Menilai Mana Polis Yang Buat Kerja Demi Negara, Jangan Bohong!
Ketua polis Johor nafi anggota lakukan provokasi
LABIS: Polis Johor menolak dakwaan anggotanya sengaja melakukan provokasi, selain menurunkan poster dan bendera parti bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihaknya sudah menyiasat dan mendapati ia tohmahan bertujuan menjatuhkan imej pasukan polis.
“Saya sendiri sudah menyemak semua anggota polis dan dakwaan ini palsu berikutan tiada seorang anggota terbabit seperti didakwa.
“Ini adalah tuduhan liar dan tidak berasas. Jangan terus menuding jari ke arah polis jika berlaku sesuatu perkara buruk kerana polis berkhidmat untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya pada sidang media di Markas Tektikal (MARTEK) polis DUN Tenang di sini, semalam.
Beliau berkata, tuduhan liar terhadap polis secara tidak langsung mencemari integriti dan kecekapan anggotanya yang bekerja keras bagi memastikan ketenteraman awam terjamin.
Sementara itu, 58 lelaki ditahan kerana berhimpun dan berpeleseran selepas jam 12 tengah malam dalam keadaan mencurigakan menerusi operasi pencegahan jenayah sekitar DUN Tenang, awal pagi semalam.
Orang ramai yang ingin membuat laporan atau menyalurkan maklumat, boleh menghubungi bilik gerakan MARTEK di 07-9255158.

No comments
Post a Comment