Pengetua lapor polis dakwa pemimpin PKR ceroboh sekolah

SUNGAI PETANI: Seorang pengetua sebuah sekolah di sini, membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menceroboh sekolah berkenaan bagi membuat bantahan berhubung isu kononnya sekolah itu memaksa pelajar bukan Islam mengikuti program pengajaran Islam dalam satu perhimpunan khas di sini, pagi kelmarin.

Bantahan diketuai Ketua Cabang PKR Taman Pekan Baru, Vincent Uh bersama 20 waris pelajar bukan Islam berkumpul di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar (SMKB), di sini, kira-kira jam 8 pagi, sebelum masuk ke kawasan sekolah bagi menyampaikan bantahan itu kepada pengetua sekolah.

Tindakan pemimpin parti politik terbabit memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran, menyebabkan pihak sekolah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali, ketika dihubungi mengesahkan pengetua sekolah itu membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Pengetua berkenaan mendakwa pihak sekolah tidak pernah memaksa pelajar yang bukan beragama Islam untuk menyertai perhimpunan itu,” katanya.

silap betul la, lain kali ajak la pemimpin yang buat video seks ke, kaki rasuah ke, balun duit rakyat ke masuk sekolah. mesti selamat jer!

No comments

Powered by Blogger.