Lawak! Dulu Tuduh Kelantan Akan Bankrup, Sekarang Tuduh Selangor Akan Lumpuh

Kemelut pelantikan SUK mampu lumpuh Selangor
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

KUALA LUMPUR: Seorang pakar perlembagaan mencadangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan perbincangan dalaman dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menamatkan kontroversi kedudukan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Faridah Jalil, berkata pihak istana dan pejabat Menteri Besar perlu menyelesaikan masalah itu untuk mengelak pentadbiran kerajaan lumpuh akibat SUK tidak bertugas.
“Hasil keputusan adalah kedua-dua pihak sanggup berkompromi serta dibuat berlandaskan pertimbangan rasional, ada alasan munasabah dan diterima rakyat.
“Jika perkara ini tidak diselesaikan segera, Selangor berisiko mengalami darurat akibat jentera pentadbiran tidak dapat berfungsi kerana SUK tidak dapat menjalankan tugas rasmi seperti yang diperuntukkan perlembagaan,” katanya semalam.

Beliau mengulas kedudukan Mohd Khusrin yang masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Abdul Khalid terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini masih tidak dapat menghadiri mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan beliau.


malu kalau siapa ngaku prof di atas ni mengajar, prof penjilat macam ni cepat naik pangkat beb!

No comments

Powered by Blogger.