Rakyat Selangor taat, sokong sultan, MB
KLANG, 21 Jan – Pekarangan Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Klang, hari ini kecoh seketika selepas solat Jumaat apabila polis bertindak menghalang orang ramai daripada keluar masjid bagi menghalang perarakan ke Istana Alam Shah, Klang.
Himpunan Menjunjung Kasih yang diadakan pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor bersama ketua-ketua kampung, bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.
Polis yang berada di pekarangan sejak sebelum solat Jumaat mula bertindak dengan membentuk ‘halangan manusia’ daripada terus berarak keluar dengan alasan tidak mendapat kebenaran untuk berarak serta mengganggu lalu lintas.
Sambil melaungkan ‘Daulat Tuanku’, ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Hidup Pakatan’ , mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Setelah perbincangan, anggota polis akhirnya membenarkan sekumpulan wakil kira-kira 10 orang sahaja untuk meneruskan perarakan dengan syarat tidak mengganggu la lintas, dan kumpulan tersebut diiringi oleh dua kereta peronda polis hingga ke pekarangan Istana Alam Shah.
Antara mereka yang dibenarkan terus ke istana adalah Adun Meru, Dr Abd Rani Osman dan ketua pemuda Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Samsul Iskandar Md Akin.
Mereka disertai oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menunggu di pagar istana.
Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi menerima memorandum tersebut bagi mewakili pihak istana.
Memorandum tersebut antara lain merafak sembah terus setia bersama Sultan Selangor dalam mempertahankan keamanan dan kemakmuran negeri.
Selain itu, memorandum itu turut menyuarakan keyakinan ke atas kebijaksanaan Sultan Selangior dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan Pakatan Selangor dalam mentadbir negeri yang membolehkan seluruh rakyat negeri meperoleh manfaat daripadan kekayaan dan kemakmuran negeri.

No comments
Post a Comment