Anggota Ops Fajar bakal terima penganugerah dari Sultan Selangor
PELABUHAN KLANG, 3 Mac – Anggota Ops Fajar Kelapan yang berjaya menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel, daripada dirampas lanun Somalia di perairan Teluk Aden Januari lepas, bakal menerima ganjaran berupa penganugerahan negeri daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh baginda yang berkenan mencemar duli untuk bertemu dengan 40 anggota Ops Fajar terbabit di sini hari ini, lapor Bernama.
“Penganugerahan ini adalah inisiatif baginda untuk beri pengiktirafan kepada anggota yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat itu.
“Baginda akan kurniakan penganugerahan negeri secara berperingkat dan ia akan dikurniakan dalam tahun ini, insyaAllah,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan anggota Ops Fajar Kelapan bersama Sultan Selangor di KD Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin dan para pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Anggota Ops Fajar Kelapan merupakan kumpulan yang baru sahaja selesai menjalani tugasan di Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 (BM 5) berjaya menyelamatkan Kapal MT Bunga Laurel bersama 23 krew yang dirampas lanun Somalia di Perairan Teluk Aden pada 21 Jan lepas.
Kapal MT Bunga Laurel merupakan kapal jenis kargo kimia yang disewa khas MISC, membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura.
Ops Fajar menggabungkan kekuatan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta krew MISC Berhad yang diserapkan ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).
Mengenai penghargaan yang diberikan TLDM kepada anggota terbabit, Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengeluarkan pujian Panglima Tentera Laut kepada semua anggota BM 5 dan pengiktirafan khusus kepada anggota yang terlibat secara langsung dalam operasi itu.
Pada majlis itu, baginda Sultan turut berkenan meluangkan masa mendengar taklimat dan penerangan berhubung kronologi kejadian rampasan lanun itu serta melihat tayangan rakaman video yang dibuat semasa kejadian.
Sultan Sharafuddin, turut berkenan mencemar duli menyertai majlis makan tengah hari bersama anggota operasi terbabit dan semasa bertitah pada majlis itu, baginda menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih atas kejayaan mereka.
Media sebelum ini melaporkan kejadian rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman pada pukul 11.40 malam, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan ’selamat’ setelah diiringi kapal BM 5 melalui perairan Teluk Aden.
Pada 11 Feb lepas, tujuh rakyat Somalia yang ditahan semasa kejadian itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan ATM di atas MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu.

No comments
Post a Comment