Jakim: Jangan cepat melatah isu persenda azan
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi “You Tube” kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.
“Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal. Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi “You Tube”.
Wan Mohamad berkata isu yang “tenggelam timbul” seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah.
“Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional,” katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment