Kerajaan selektif bawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mempersoalkan sikap selektif kerajaan dalam membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia khususnya mahasiswa di Jepun yang kini terancam akibat kesan radiasi berikutan letupan dan kebocoran loji janakuasa nuklear di negara itu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa dengan kelembaban dan sikap dolak dalik pihak berwajib dalam menangani isu ini berbanding
dengan pelancaran Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir.
“Apakah kerajaan menyatakan bahawa bencana nuklear ini sama sekali tidak serius jika dibandingkan dengan ‘tsunami politik’’di Timur Tengah?
“Adakah tindakan kerajaan memanggil pulang rakyat Malaysia di Mesir kerana perubahan disana berpotensi terjadi di Malaysia jika mahasiswa
Malaysia terdedah dengan semangat kebangkitan rakyat Mesir?” kata Shamsul dalam kenyataannya hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan letupan dan kebocoran radiasi telah berlaku di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi.
Ini diakibatkan oleh bencana tsunami yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan masih menunggu penjelasan daripada agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation mengenai kesan radiasi tersebut.
“AMK merasakan tindakan ini memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan menangani keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia di Jepun. Dalam hal ini, AMK mendesak kerajaan untuk menyedari bahawa impak radiasi radioaktif ini akan membawa kesan jangka panjang,” tambah Shamsul.
Justeru, AMK menggesa agar tindakan proaktif diambil kerajaan melalui pihak yang berkenaan dengan segera untuk memastikan nyawa rakyat Malaysia di Jepun tidak tergadai sebegitu saja.
“Kerajaan harus menunjukkan komitmen di sebalik slogan ‘Rakyat Didahulukan’, bukannya ‘Rakyat Kena Dahulu’ baru tindakan hendak diambil.
“Sewajarnya dalam keadaan begini, iktibar dan pengajaran diambil untuk tidak meneruskan cadangan mewujudkan pusat pemprosesan ‘rare earth’ yang difahamkan terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan,” ujarnya.

No comments
Post a Comment