Kuan Yew kecewa Singapura disingkir
KUALA LUMPUR: Lee Kuan Yew mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mengecewakan harapannya sebelum Singapura disingkirkan daripada Persekutuan Malaysia.
Dalam bukunya, A Doctor In The House, The Momoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau banyak menyentuh isu hubungan dengan pemimpin Singapura terutama Kuan Yew yang menuduh pemimpin Malaysia mengamalkan perkauman Melayu, untuk melindungi kepentingan Cina republik itu.
“Dia pernah bercita-cita menjadi Perdana Menteri, kerana sedar cita-cita itu tidak mustahil kerana kaum Cina bakal menjadi kaum terbesar dalam Persekutuan.
“Lee turut mencetuskan pergeseran dengan parti memerintah di Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 1964 apabila cuba untuk merampas kepemimpinan kaum Cina di Malaysia.
“Usahanya adalah untuk mengetepikan MCA menggunakan taktik PAP yang suka membuli. Bagaimanapun, dia gagal kerana PAP hanya menang satu kerusi dalam pilihan raya itu dan usahanya untuk menyingkirkan MCA dan mengetepikan UMNO dalam pakatan berkenaan, gagal,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Kuan Yew menjadi orang pertama menyokong cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Persekutuan Malaysia yang dianggotai oleh Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara British.
“Antara yang pertama menyokong cadangan ini adalah Lee Kuan Yew, pemimpin muda dalam PAP Singapura. Dia sebelum itu bimbang, Singapura akan jatuh ke tangan Komunis. Sejurus Malaysia dibentuk, Lee mula membentangkan pelannya untuk meraih kuasa di Malaysia,” katanya.
Beliau turut memetik buku tulisan Tunku Abdul Rahman, Looking Back, yang menyatakan beberapa ucapan dan kenyataan Lee adalah anti Melayu dengan menyatakan tiada satu pun di kalangan kaum Cina, Melayu dan India boleh mengakui mereka lebih dulu berada di Malaysia berbanding yang lain.

No comments
Post a Comment