Penghargaan buat muslimat
Huzir Sulaiman
Tak dapat dinafikan sumbangan muslimat amat bermakna dan ‘significant’ dalam gerak kerja jemaah. Dalam banyak PRK, dapat dilihat kegigihan dan kesungguhan mereka melalui banyak cabaran dan mehnah yang sesetengah dari kita tertanya-tanya bagaimana majoriti daripada mereka yang berumur atau lanjut usia mampu melalui ujian tersebut tanpa penat lelah dan putus asa.
Satu semangat dan komitmen tinggi yang sesekali membuatkan saya, seorang lelaki tersipu malu kerana tidak sehebat mereka. Malah kehadiran mereka di PRK khususnya boleh dilihat menguasai majoriti pejuang di lapangan.
Kualiti kerja juga dilihat begitu tinggi seiring dengan tanggapan majoriti masyarakat umum bahawa hasil kerja wanita sememangnya selalu tinggi dan bersifat konsisten kerana sifat semulajadi mereka yang teliti dalam apa jua urusan yang diceburi, dari urusan rumahtangga sehinggalah ke dalam urusan negara.
Terbukti di kebanyakan negara, wanita dipilih sebagai ketua negara seperti Khaleda Zia di Bangladesh, Michelle Bachelet di Chile, Tarja Halonen di Finland, Angela Merkel di Jerman dan ramai lagi.
Sejarah Islam mencatatkan nama-nama yang masyur seperti Khadijah binti Khuwalid, Fatimah Az Zahra, Nusaibah Binti Ka’ab, Sumayyah Binti Khubbat, Ummu Khalthum Binti ‘Uqbah dan ramai lagi.
Tambahan pula, tenaga kerja yang memacu ekonomi negara tidak juga ketinggalan hampir dikuasai mereka dengan peratusan 46.4 peratus dan dijangkakan akan menyaingi tenaga kerja lelaki menjelang 2015 dengan kadar peratusan anggaran di sekitar 55 peratus.
Peranan wanita khususnya penggerak jemaah di kalangan muslimat tidak dinafikan kini merupakan aset dan sumber utama di dalam mana-mana parti politik malah telah dibuktikan ketika di PRK Kerdau khususnya ketika berhadapan dengan pengundi, celaan, penghinaan dan sebagainya khususnya daripada pihak Barisan Nasional dihadapi dengan tenang dan sabar, satu hakikat kekuatan jiwa yang tidak ada atau lemah pada sebahagian lelaki atau muslimin.
Keberanian mereka mengharungi ladang getah dan bukit tanpa perlindungan keselamatan merupakan contoh yang amat relevan bahawa wanita muslimah dalam gerakan jemaah khususnya di dalam Pakatan Rakyat kini memiliki jiwa yang terbukti kental malah berani berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman, terbukti jelas amat digeruni pihak lawan dan dihormati pihak kawan.
Namun, sejauh mana kekuatan itu dapat diwarisi oleh barisan wanita atau muslimat muda sudah mula dipersoalkan kerana pemerhatian secara langsung dalam banyak PRK, membuktikan perbezaan ketara nisbah antara mereka yang muda dan sudah berusia.
Andaian ketika ini bahawa perbezaan tersebut bukanlah kerana perbezaan tahap ilmu atau pengalaman di antara mereka yang menjadi sebab utama mengekang penglibatan secara langsung di lapangan tetapi hanyalah semata-mata kerana kurangnya komitmen kesan langsung dari kurangnya usaha tarbiyyah pada muslimah muda zaman ini berbanding dahulu.
Suatu cabaran yang pasti akan menggugat mana-mana gerakan jemaah Islam khususnya jika permasalahan tersebut tidak diatasi dengan segera terutama ketika menjelangnya Pilihanraya Umum yang ke-13.
Cikgu Normala Sudirman merintis jalan pengorbanan itu untuk bersama-sama hidup dan mati demi Islam, merintis jalan dakwah yang cukup pedih untuk dilalui dan dikuti oleh kalangan mereka yang seusia dan lebih muda darinya seharusnya menjadi teladan dan idola kepada semua khususnya wanita atau muslimah muda untuk berlumba-lumba manabur bakti di lapangan Insya Allah.

No comments
Post a Comment