Semoga Ibrahim Ali berjaya

Ibrahim Ali bercakap tanpa berfikir. Tetapi itu tidak memeranjatkan sebab itulah Ibrahim Ali. Kali ini beliau mencadangkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi melucutkab kerakyatan bagi sesiapa yang tidak setia kepada negara. Beliau mencadangkan supaya suruhanjaya ii melucutkan kerakyatan orang yang racist yang boleh memecah belahkan perpaduan di antara kaum.

Ibrahim mencadangkan supaya dilucutkan kerakyatan sesiapa yang memburukan kerajaan serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menjatuhkan imej negara di mata dunia luar. Selain dari itu beliau juga mencadangkan supaya undang-undang hasutan dipinda untuk melucutkan juga kerakyatan sesiapa yang memburukan kesucian Islam dan sebagainya.

Pertamanya elok kita tanya Ibrahim ini adakah seseorang yang tidak suka kepada kerajaan itu adalah orang yang tidak setia kepada negara? Tidakkah Ibrahim terfikir yang ramai di antara yang tidak suka kepada kerajaan hari ini ialah kerana mereka menganggap kepimpinan kita itu yang tidak setia kepada negara? Ramai di antara rakyat yang cintakan negara terpaksa membenci kerajaan kerana banyak yang dilakukan oleh pimpinan itu merosak dan menjahanamkan negara dalam jangka masa panjang,

Oleh kerana mereka setia kepada negaralah yang mereka melakukan tentangan terhadap perasuah, kerana menerima dan memberi rasuah itu adalah mereka yang tidak setia kepada negara. Jika suruhanjaya ini diwujudkan maka ramailah di antara pemimpin-pemimpin kita yang patut dilucutkan kerakyatan mereka kerana rasuah.

Ibrahim mesti faham yang perasuah itu adalah perompak kolar putih dan tidak ada bezanya dengan perompak seperti Botak Chin yang telah ditembak polis pada hujung tujuh puluhan atau awal lapan puluhan dahulu.

Jika dipandang dari sudut Islam sendiri kita akan lihat dan percaya yang ramai pemimpin kitalah yang paling awal untuk dilucutkan kerakyatan mereka kerana telah merosakan kesucian Islam. Bukan kah Islam mencegah melakukan rasuah? Bukan kah telah berulang kali disebutkan yang perasuah itu di ibaratkan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Bukan kah itu kata-kata agama kita?

Kalau lah di persetujui suruhanjaya ini di tubuhkan maka saya percaya entah berapa orang sahaja di kalangan pimpinan negara kita yang terlepas dari perlucutan kerakyatan mereka.

Ibrahim sendiri akan menerima nasib yang sama kerana beliaulah orang yang paling lantang menaikan semangat racist di kalangan orang-orang Melayu. Kalaulah Ibrahim dilucutkan kerakyatannya tidak dapat saya bayangkan kerakyatan mana pula yang beliau akan terima selain dari menjadi kerakyatan negara Siam jika di terima.

Pendeknya apa yang di katakan oleh Ibrahim Ali itu elok kita jangan ambil pusing kerana beliau bercakap seperti itu kerana ada udang di sebalik batu. Saya telah pun menulis tentangnya di dalam posting saya yang lepas.

It’s all political talk. Beliau nak cari tempat dan caranya ialah menyaluti diri beliau dengan imej Ultra Melayu. Ada orang yang menjadi ikutan beliau kerana berimejkan Ultra Melayu semasa dahulu telah menaikan beliau kepada puncak kekuasaan negara begitu lama.

Tetapi saya kurang yakin Ibrahim akan berjaya seperti orang yang menjadi ikutan beliau itu. Walau macam mana pun saya ucapkan selamat berjaya kepada Ibrahim Ali. Cubalah Ibrahim! Mana tahu nasibnya baik; dilantik dan di letakan di mana-mana oleh pucuk pimpinan kita.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/semoga-ibrahim-ali-berjaya.html

No comments

Powered by Blogger.