Tanah adat: Rakyat Sabah harus contohi Selangor

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah harus memilih kerajaan negeri yang mampu membela dan mempertahan kedudukan tanah adat di negeri itu, kata Exco Selangor, Elizabeth Wong.

“Isu tanah terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, bukan bidang kuasa kerajaan Persekutuan seperti sangkaan kebanyakan orang. Kalau kerajaan negeri itu bagus, mereka akan buat undang-undang yang bagus untuk orang Asal.

“Tapi kalau kerajaan negeri tamak dan rasuah, mereka akan curi dan rompak tanah orang-orang Asal,” katanya ketika membuat rumusan dalam pembentangan kertas kerja pada forum Tanah Adat: Isu Polisi dan Cabaran di Sabah, petang tadi.

Forum anjuran KEADILAN Sabah itu dihadiri kira-kira 200 perwakilan dari setiap daerah negeri berkenaan. Turut hadir ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang merasmikan forum tersebut.

Elizabeth berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya mengiktiraf peranan dan kedudukan orang Asal termasuk hak pemilikan tanah.

“Pakatan Rakyat sudah membuktikan perkara ini dalam manifesto. Kita ada Buku Jingga yang menyenaraikan isu-isu di peringkat nasional.

“Tetapi di peringkat negeri, rakyat perlu pilih calon dan parti mana yang akan pertahankan hak orang Asal di Sabah,” katanya.

Dalam pembentangan kertas kerja, Elizabeth menunjukkan contoh kejayaan kerajaan negeri dalam mempertahan kedudukan orang Asal, termasuk pelbagai program yang ditawar kerajaan negeri.

“Kita perlu pilih calon dan parti yang pertahankan hak orang Asal sama ada di Sabah atau di peringkat negeri mana-mana pun,” katanya.

Selain Elizabeth, turut membentangkan kertas kerja ialah Datuk Hong Kong Ming, Advocate & Silicitor Mahkamah Tinggi bertajuk Hak Tanah Adat: undang-Undang, Dasar dan Cabaran.

Pembentang kertas kerja keempat nerkaitan isu PTI & Royal Comission Of Inquiry (RCI) oleh aktivis hak asasi manusia, Dr Chong Eng Leong.

Nicholas Mujjah, Advocate & Silicitor Of High Court Sarawak aktivis Sarawak Dayak Association NCR Land Pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk Hak Tanah Adat-pengalaman di Sarawak.

No comments

Powered by Blogger.