Antara 20 Hingga 30 Anak Yatim Dipercayai Tertimbus Di Ulu Langat

KAJANG 21 Mei : Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

No comments

Powered by Blogger.