Bazar Tok Guru, mainan persepsi pembohong di Kelantan

Dalam ruang politik persepsi, apa sahaja isu bersifat sensasi akan dinilai dalam dua kesan. Pertama, positif apabila kesannya mencapai nilaian baik seperti pujian dan meningkatnya sokongan politik kepada si pembawa isu. Sebaliknya akan menjadi negatif apabila si pembawa dikutuk malah berjaya dijawab balas oleh pihak berlawanan serta merosotnya sokongan politik.

Apa pun dalam konteks isu politik atau politik pembangunan, ruang politik persepsi biasanya di sempitkan antara parti-parti yang berlawanan dan juga hubungan kerajaan dengan rakyat. Justeru persepsi yang berlaku sama ada antara parti berlawanan akan menggunakan setiap isu untuk mencetus persepsi buruk kepada parti lawan.

Begitu pula, pihak kerajaan akan melakukan kebersamaan dalam sesuatu isu bagi mencorakkan sokongan baik di kalangan rakyat. Sementara akan ada pula segolongan rakyat yang melakukan kebersamaan dengan parti lawan (bukan kerajaan) bertujuan membuli kerajaan bagi menghakis atau memaling sokongan rakyat. Atas asas ini, masing-masing akan berperanan mencetus apa sahaja isu demi mencipta sesuatu nilai persepsi––positif (baik) atau negatif (buruk).

Kelantan dalam ruang persepsi

Berikutan teori politik persepsi, kebelakangan ini Kelantan turut tidak ketinggalan daripada ruang yang dibicarakan. Ia berpunca daripada tindakan parti Umno yang berada di sisi penentang segala macam dasar dan program anjuran Kerajaan Negeri pimpinan PAS sejak 20 tahun lepas. Maka ruang persepsi itu sekarang ini semakin sendat dan tersumbat dengan segala macam kecamukan isu politik.

Seiringan dengannya, boleh dikatakan setiap agensi yang pro-Umno telah menjadi alat atau diperalat sebagai aparatus Umno di Kelantan demi mencapai cita-cita politik pemimpinnya––merampas kuasa negeri ini. Antara yang utama ialah saluran TV1 dan TV3 serta Radio Kelantan FM. Tidak ketinggalan akhbar utusan dan sinar!

Logiknya, tindakan Umno Kelantan itu adalah bertepatan dengan peranannya sebagai penentang PAS dan pembangkang kepada apa sahaja usaha memajukan rakyat di bumi Kelantan ini.

Maka segala macam program, termasuk agenda melaksanakan pentadbiran Islam, memartabatkan siasah syariyyah, mendidik rakyat secara Islamik dan mengurus kebajikan serta program pembangunan untuhttp://www.blogger.com/img/blank.gifk rakyat akan diputar sebagai buruk dan batil. Paling malang, program solat hajat berjamaah di stadium pun turut diputar dalam ruang persepsi dengan menuduhnya sebagai program nak mengajar tuhan. Ia bukti kuat, betapa teruknya mainan politik persepsi Umno Kelantan.

Bazar Tok Guru sebagai premis persepsi


[Selanjutnya]

No comments

Powered by Blogger.