Video seks ‘Datuk T’ dijangka fokus Hari Amarah Rakyat esok
Oleh Zulaikha Zulkifli
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Hari Amarah Rakyat Malaysia esok, yang dijangka turut menyentuh isu video seks sejak dua bulan lalu, dilihat akan menjadi titik permulaan bagi umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, yang didakwa tidak diendahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, perhimpunan yang akan diadakan di pekarangan Masjid Negara di sini selepas solat Jumaat akan menjadi medan bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
“Selama ini pihak-pihak tertentu tidak ambil tahu tentang suara rakyat. Jadi dengan adanya Hari Amarah Rakyat ini, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pihak terbabit,” kata beliau.
Sambil menekankan suara rakyat perlu didengari, Mohd Azmi berkata masyarakat belum cukup kuat untuk menzahirkan sesuatu yang mereka tidak berpuas hati.
“Jadi ini adalah salah satu alternatif yang rakyat ada,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, kata Mohd Azmi beliau berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor.
Mohd Azmi berkata, pihaknya sedang menyenaraikan isu yang hendak disampaikan esok, antaranya isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak ada cara lain lagi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati. Maka, saya harap dengan adanya himpunan seperti ini, pihak tertentu akan mengambil tindakan,” katanya.
Azmi berkata lagi, terdapat beberapa badan bukan kerajaan akan turut sertai himpunan tersebut, antaranya Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia.
Selain itu, Azmi yang juga Presiden Teras memberitahu, selepas dari himpunan esok, terdapat beberapa lagi tindakan susulan yang akan mereka lakukan seperti menghantar memorandum dan mengumpul tandatangan.
“Kami juga akan melakukan tindakan yang lebih terperinci untuk mendapatkan reaksi pihak atasan, antaranya bertemu Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja Melayu,” ujarnya.

No comments
Post a Comment