Kematian Osama: Parti Islam terbesar Pakistan protes AS esok
ISLAMABAD, 5 Mei – Parti Islam paling berpengaruh di Pakistan menggesa pengikutnya mengadakan protes besar-besaran mendesak kerajaan mereka menarik balik sokongan ke atas perang menentang pengganas Amerika Syarikat (AS), esok ekoran pasukannya menembak mati Osama bin Laden.
Jamaat-e-Islami (JI), salah satu parti politik agama terbesar Pakistan berkata, AS telah melanggar kedaulatan sekutu Washington itu dengan menghantar tentera sendirinya sehingga ke bandar tentera Abbottabad untuk membunuh ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu.
Sokongan Pakistan adalah kunci kepada usaha-usaha AS melawan militan Islam dan menangani ancaman Taliban di Afghanistan.
“Jikapun ada simpati bagi Amerika, ia akan pudar ekoran cara mereka menceroboh dan melanggar kedaulatan dan kemerdekaan kami,” kata ketua JI Syed Munawar Hasan kepada Reuters hari ini.
“Kami telah merayu kepada setiap orang agar mengadakan demonstrasi aman pada hari Jumaat (esok) secara besar-besaran,” katanya.
“Tuntutan pertama kami ialah Pakistan... harus menarik diri daripada perang ke atas pengganas,” katanya.
Sentimen anti-Amerika sangat tinggi di Pakistan meskipun berbilion dolar dalam bentuk bantuan senjata nuklear disalurkan kepada negara miskin itu.
Parti-parti berorientasikan agama di Pakistan secara tradisi tidak mempamerkan prestasi mengagumkan dalam pilihan raya tetapi mempunyai pengaruh kuat di negara itu, di mana Islam menjadi semakin radikal.
Perang AS ke atas militan tidak begitu popular di Pakistan disebabkan persepsi ekoran kematian yang tinggi di kalangan rakyat awam ketika serangan ketenteraan ke atas puak pelampau di sempadan Afghanistan.
Bagaimanapun ramai yang turut bersikap kritikal dengan sikap Al-Qaeda yang mentafsir Islam dan terlibat dalam pengeboman berani mati.
Penganalisis Hasan Askari Rizvi berkata, sebarang protes dipercayai berkaitan sikap anti-AS berbanding pro-Osama.
“Saya tidak fikir mereka (parti-parti agama) akan menarik peserta dalam jumlah yang besar. Protes-protes ini juga tidak akan membawa tekanan ke atas kerajaan supaya mengubah pendiriannya,” kata beliau.
Setakat ini hanya ada protes-protes kecil di Pakistan ekoran pembunuhan Osama pada awal pagi Isnin lalu di Abbottabad, 50 kilometer ke timur laut Islamabad.
Salah satu kumpulan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba telah mengadakan solat khas dengan menyifatkan Osama mati syahid. – Reuters

No comments
Post a Comment