Laporan Utusan cetus rasa tidak senang, pemimpin Kristian beritahu PM

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pemimpin-pemimpin gereja menyifatkan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak tengah hari tadi sebagai perbincangan berfaedah di mana perdana menteri juga dimaklumkan tentang perasaan tidak senang mereka ekoran laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu menjadikan Malaysia negara Kristian.

Biskop Ng Moon Hing, yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) memberitahu pemberita bahawa mereka ada mengadu kepada perdana menteri mengenai laporan tidak berasas, yang mendakwa Kristian mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dan menggantikan Islam sebagai agama rasmi.

“Kami memberitahu bahawa kami terganggu dan tidak gembira... perkataan-perkataan tidak bertanggungjawab, bersifat hasutan yang berpotensi untuk menyebabkan rusuhan, tidak seharusnya diterbitkan dalam media arus perdana atau sebarang media,” katanya.

Ng berkata demikian selepas pertemuan waktu tengah hari selama 45 minit di Putrajaya hari ini.

No comments

Powered by Blogger.