Muslim Amerika: Kematian Osama ibarat ‘pedang dua mata’
WASHINGTON, 3 Mei — Masyarakat Islam Amerika Syarikat (AS) menyambut kematian Osama bin Laden awal pagi semalam dengan harapan perkembangan itu akan menghakis stigma melekat di kalangan komuniti itu sejak serangan 11 September satu dekad lalu.
“Ini satu perkembangan baik. Setiap orang meraikan,” kata Sam Elhaf, 44, yang memperlihatkan perasaan gembira ketika ditemui di bandar Dearborn, Michigan - kawasan yang mempunyai komuniti Islam terbesar di AS.
Pun begitu, umat Islam bertambah kecewa apabila kecaman mereka ke atas Osama dan rangkaian Al-Qaeda tidak dipedulikan memandangkan sesetengah warga Amerika mengaitkan Islam dengan mesej jihad keganasan dibawa Osama.
“Ini telah memberi kesan buruk terhadap Muslim untuk menjelaskan kepada orang Amerika bahawa Islam tiada kaitan dengan Osama. Kami telah berusaha keras untuk meyakinkan masyarakat bahawa umat Islam bukan satu kumpulan monolit yang menyokong mereka,” kata Imam Muhammad Musri dari Pertubuhan Islam Florida Tengah.
“Kami juga menjadi mangsa ideologi kebencian Osama. Orang itu menjaja agama kami, jenayah yang dilakukan atas nama agama kami dan telah menyebabkan kerosakan terbesar bagi komuniti Muslim Amerika dan Islam,” katanya.
Muhammad dan beberapa pemimpin Islam lain mengatakan bahawa kematian Osama semalam di tangan pasukan AS di Pakistan memberi peluang peluang kepada umat Islam Amerika dan rakyat AS yang lain untuk memperbetulkan salah faham dan menghubungkan perbezaan.
“Muslim... terus menjadi mangsa dalam (persekitaran) Islamofobia yang semakin menebal, maka tindakan mengeluarkan Osama, yang pastinya di peringkat simbolik, dalam jangka pendek, mengatasi tekanan yang dilalui,” kata John Esposito, profesor agama dan hal ehwal antarabangsa di Georgetown University.
Terdapat lebih tujuh juta umat Islam di AS dan kebanyakan merasakan secara tidak adil disamakan dengan Muslim Arab, yang didakwa merancang dan melaksanakan serangan berani mati 2001.
Pengumuman oleh Presiden AS Barrack Obama tengah malam (waktu Washington dan tengah hari waktu Malaysia) bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan negara itu telah membawa kepada panggilan-panggilan bersifat ‘benci’ terhadap satu kumpulan hak-hak sivil Muslim.
“Sejak kematian (Osama) diumumkan, kami telah menerima sejumlah panggilan ada yang melahirkan rasa benci, kebanyakannya melahirkan rasa gembira bahawa dia (Osama) telah dibunuh, dengan merujuk dia sebagai ‘pemimpin anda’,” kata Ibrahim Hooper, jurucakap Majlis Mengenai Hubungan Amerika Islam.
Sayyid Syeed dari Pertubuhan Islam Amerika Utara, kumpulan Musliam AS terbesar berkata laungan “AS, AS” ketika himpunan di jalan-jalan di luar White House dan di seluruh negara itu adalah sesuatu yang boleh difahami.
“Amerika telah memperkatakan tentang dia (Osama), belajar daripada tindakan maut ini,” kata Sayyid.
Di New York, di tapak menara Pusat Dagangan Dunia yang ranap, ahli farmasi dari Toronto, Jaqani Amin berkata dia “lega.”
“Kami gembira. setelah melihat berita, kami terus menuju ke Ground Zero untuk memberikan penghormatan. Kami gembira sebagai orang New York City,” kata Jaqani, 39.
“Ini adalah hari yang baik bagi umat Islam di mana-mana sahaja,” kata Mahmood Rahman, pemandu teksi New York City.
Majlis Hal Ehwal Awam Muslim berkata protes demokratik yang menggegarkan Timur Tengah sejak beberapa bulan lalu telah menunjukkan mesej keganasan dibawa Osama sebagai muflis.
“Kami berharap ini adalah titik tolak dari era gelap dekad lalu, di mana Osama digambarkan sebagai wajah jahat keganasan global,” kata Presidennya, Salam Al-Marayati.
Majed Moughini, seorang peguam di Dearborn, 40, yang membakar patung Osama di belakang rumahnya pada 11 September lalu berkata, dia bimbang tentang kemungkinan tindakan balas dendam.
“Ini adalah pedang dua mata. Saya gembira dia sudah pergi tetapi saya takut akan kesannya... apa yang orang-orangnya akan lakukan dalam respons mereka,” katanya.

No comments
Post a Comment