Rakyat Malaysia Bangga Cara Najib Puji Obama Laknat Dan Kutuk Orang Islam

Kematian Osama: Islam larang semadi jenazah di laut


KAHERAH, 3 Mei — Islam menentang pengkebumian di laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa pengasas dan ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden telah disemadikan di laut semalam, demikian menurut jurucakap Universiti Al-Azhar.

Laporan Reuters menyebut jenazah Osama telah disemadikan di utara Laut Arab mengikut upacara dan tradisi Islam.

Osama terbunuh dalam serangan pasukan AS di timur laut Pakistan awal pagi semalam (waktu Malaysia).

“Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu,” kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dipetik AFP sebagaimana disiarkan Utusan Online hari ini.

Sheikh Ahmed berkata, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semula jadi mesti dihormati.

Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

“Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas,” jelas beliau.

No comments

Powered by Blogger.