Ramai persenda agama akhir-akhir ini
Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
MEMPERSENDA agama bukan perkara baru, ia sudah tercatat dalam sejarah sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, iaitu pertembungan antaranya dengan iblis yang pernah mengetuai barisan para malaikat di dalam syurga. Tetapi kerana iri hati, marah, cemburu dan dendam terhadap Adam yang muncul kemudian daripada itu iblis menjadi takbur kerana tiba-tiba Allah SWT memerintahkannya dan malaikat untuk sujud kepada Adam.
Atas dasar marah, dendam, cemburu dan iri hati, maka iblis mengambil langkah untuk tidak sujud kepada Adam kerana baginda dicipta daripada tanah sedangkan dia dicipta daripada api, sedangkan api adalah lebih hebat daripada tanah. Maka berlakulah siri penentangan iblis terhadap perintah Allah serta mempersenda arahan-Nya dengan pelbagai helah dan tipu daya.
Sesungguhnya peranan iblis dan syaitan tidak berakhir dengan ketiadaan Nabi Adam a.s. Tetapi diteruskan oleh anak pinaknya bernama syaitan dan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan setiap kali muncul dan lahir para anbiya seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Penentangan mereka hingga ke peringkat mempersendakan agama yang dibawa oleh para anbiya.
Walau bagaimanapun tindakan mempersenda agama yang dilakukan oleh masyarakat silam di kalangan umat para anbiya adalah terdiri daripada mereka yang tidak menganut Islam atau tidak berkesempatan langsung untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu kerana ia masih belum diperkenalkan ketika itu.
Namun apa yang berlaku pada hari ini amat berbeza sekali dengan apa yang berlaku pada zaman silam. Ini kerana orang hari ini mempunyai peluang yang banyak untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, sekali menjauhkan diri mereka daripada bertindak menghina atau mempersenda agama.
Mereka boleh faham Islam melalui pengajian yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau dan mungkin juga di kelas-kelas yang berbayar dan mungkin melalui laman-laman sesawang yang membicarakan persoalan agama, jadi tidak ada sebab orang hari ini tidak faham dengan baik.
Larangan Allah ke atas umat Islam mempersenda agama
Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An’am bermaksud: "Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji), tidak ada baginya Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."
Sementara dalam ayat 74 surah at-Taubah pula, Allah mendedahkan satu lagi bentuk sendaan terhadap hukum Allah seperti yang termaktub dalam ayat 74 surah at-Taubah, maksudnya: "Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan Rasul-Nya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi Pelindung dan juga yang menjadi Penolong."
Begitu juga golongan yang mengingkari ayat-ayat Allah serta ingkar pertemuan dengan Allah pada hari kiamat. Golongan seperti ini disifatkan Allah sebagai golongan yang kafir dan layak memasuki neraka-Nya, perkara ini telah ditegaskan Allah sejak lebih 14 abad lalu menerusi ayat 105 dan 106 surah al-Kahfi yang maksudnya: "Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai bahan persendaan." (106)
Rasulullah lali dengan persendaan kaumnya
Sirah Nabawi telah mencatatkan perihal keadaan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah melalui dan merasai kepahitan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh golongan yang suka mempersendakan agama Allah. Mereka cuba menjatuhkan martabat baginda sekali gus menjauhkan manusia dari dakwah dan jihad yang dibawanya.
Mereka telah menyakiti baginda seperti mana orang kafir Quraisy menyakiti baginda dengan mengeluarkan baginda dari kampung halamannya sehingga baginda terpaksa meninggalkan semua harta benda, sanak saudara dan rumah tangganya yang dikasihinya, namun kerana perintah Allah, maka baginda pasrah dan menyegerakan perintah-Nya itu.
Setelah baginda wafat, golongan yang mempersenda Islam muncul dan menampilkan diri, mereka tidak berani untuk berterus-terang di hadapan baginda Rasulullah s.a.w. kerana kononnya takut dijatuhkan hukuman ke atas mereka. Akan tetapi perkiraan mereka meleset kerana di zaman para Khalifah Rasyidun juga menjatuhkan hukuman ke atas golongan yang mempersenda agama seperti yang ditunjukkan oleh Musailamatul Kazzab yang mengaku nabi terakhir selepas Muhammad s.a.w.
Sayidina Abu Bakar r.a. yang memerintah Negara Islam Madinah ketika itu telah mengadakan mesyuarat untuk berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain bagi menentukan kedudukan Musailamah, sama ada dihukum ataupun tidak. Kebanyakan daripada anggota mesyuarat termasuk Sayidina Umar bin al-Khattab sepakat menjatuhkan hukuman pancung kerana tindakannya itu dianggap sebagai mempersenda agama Islam.
Inilah sikap mereka yang mewarisi kerja dan tugas Nabi Muhammad s.a.w. di kalangan sahabat, ilmuan atau ulama yang pernah disabdakan beginda sebagai golongan pewaris Nabi. Iaitu tugas yang penuh mencabar kerana melibatkan individu-individu yang tegar menentang Islam dan takut kepada perubahan jika Islam memerintah.
Bentuk persendaan di kalangan orang Islam
Walau bagaimanapun persendaan terhadap agama Islam tidak terhenti dengan kecanggihan teknologi terkini, malah bentuknya lebih dahsyat jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada zaman silam termasuk era pemerintahan Islam dan zaman kebangkitan Islam yang dipelopori oleh para sarjana dan ilmuan Islam terkemuka.
Antara bentuk penghinaan, persendaan di abad moden ini lahir golongan Islam Liberal yang terlalu banyak melakukan persendaan ke atas hukum-hukum Islam seperti yang dilemparkan oleh kumpulan Sisters In Islam (SIS).

No comments
Post a Comment