Skim Pangkat Baru Perguruan Pupuk Budaya Tidak Sihat

SHAH ALAM 18 Mei - ADUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir berkata kenaikkan skim pangkat baru untuk guru dan gurubesar yang diumumkan kerajaan hanya meraih undi menjelang pilihanraya umum dan akan memupuk “budaya pautan” yang tidak sihat dalam profesyen itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan bahawa 300,000 guru berpeluang menaiki pangkat hingga ke gred 54 walaupun berkhidmat hanya 25 tahun.

“Apabila kerajaan menyatakan sebegitu ia seolah-olah telah mencipta harapan atau budaya pautan dan ini amat bahaya kerana ia boleh menghancurkan orang yang hendak diampu,”tegasnya.

“Imbuhan itu dibuat kerana kerajaan hendak pancing undi bukan kerana mahu memperkasakan mereka (guru),” kata beliau.

Beberapa kesatuan guru semalam melahirkan rasa kesal dengan skim baru itu kerana ia tidak memenuhi permintaan dan keperluan utama warga pendidik.

Skim itu dilihat sebagai tidak memberi manfaat kepada keseluruhan guru tetapi hanya segmen terpilih lagi terbatas profesyen itu.

Contohnya skim itu terus meminggirkan guru besar sekolah kurang murid yang ramai terdapat di kawasan pendalaman dan di Sabah dan Sarawak.

Dr Nasir meskipun skim itu mempunyai pelbagai kepincangan, ia digembar-gemburkan dalam usaha Barisan Nasional mencari kelebihan politik.

“Terang-terang ia memang pancing undi,”katanya.

“Secara automatiknya ia memang untuk memancing undi dan mereka tahu kuasa pekerja itu adalah lubuk undi yang boleh membayangkan pelbagai perkara sekali gus menaruh harapan padanya,” kata beliau.

“Kita memang alu-alukan kenaikan gaji itu tetapi janganlah dilakukan sekarang semata-mata kerana pilihanraya sudah hampir. Kenapa tidak dilakukan sebelum ini? Kerana hendak pancing undi, itu yang menyedihkan.

“Walaupun kita berhak mendapatkan kenaikkan gaji itu, tetapi sebenarnya kenaikkan itu adalah tuntutan ataupun penindasan terhadap apa yang sepatutnya kita perolehi sebelum ini,’ tambah beliau.

Jelas Dr Nasir, pelbagai bentuk pemberian imbuhan oleh Umno-BN merupakan sejarah perikatan itu dimana mereka akan berusaha keras untuk memenangkan partinya dengan menabur gula-gula politik.

“Dan perkara ini adalah sejarah, jadi rakyat sudah tidak hairan lagi.Jadi kalau dikata pancing undi memang betullah, ia tidak dapat dinafikan lagi kerana perkara itu ada sejarahnya dan mereka tidak dapat lari dari sejarah sebab itu sahaja yang mereka tahu iaitu wang, agama dan kaum.

Skim naik pangkat itu yang akan dilaksanakan Januari depan, menyaksikan guru dikategorikan sebagai Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta.

Mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga Gred DG54 dalam tempoh 25 tahun.

No comments

Powered by Blogger.