4 Sasterawan Negara gesa kerajaan bebaskan tahanan Bersih

KUALA LUMPUR: Empat sasterawan negara hari ini menggesa agar kerajaan membebaskan semua aktivis Bersih yang ditahan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dengan segera.

Petikan dari laman portal Malaysiakini, dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan, berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

“Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan,” kata mereka.

Tambah mereka, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejateraan awam dalam sebuah negara yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.