Adakah Rakyat Masih Mahu Percaya Pada Hishamuddin Dengan Najib Untuk Ambil Tidakan Isu Perkauman?

Guan Eng mahu Ibrahim Ali, Ali Rustam hina Ambiga dihukum

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tindakan tegas ke atas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dan perkauman ke atas ketua Bersih 2.0 Datuk S Ambiga.

“Selain itu, kami juga menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menunjukkan komitmen terhadap slogan 1 Malaysia dengan menuntut agar Ali Rustam digugurkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Kenyataan-kenyataan oleh Ali Rustam ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak berpatutan dengan jawatannya,” kata Setiausaha Agung DAP ini dalam satu kenyataan.

Lim yang juga Ketua Menteri Melaka berkata jika Hishammuddin dan Najib gagal untuk mengambil tindakan, ini bermakna mereka dan ahli-ahli Umno yang lain juga bersetuju dengan kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut.

“Diam tanpa setuju,” katanya.

Dalam kes ini, kata beliau, bukan Umno sahaja tidak bertanggungjawab tetapi semua parti komponen BN lain yang berdiam diri juga tidak bertanggungjawab.

“Jika mereka tidak menyebut perkataan bantahan dan menuntut agar tindakan terhadap kenyataan berbau kebencian ini diambil terhadap rakyat Malaysia, ini bermakna mereka juga tidak relevan dan berkesan,” katanya.

Lim menambah, semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sudah bosan dengan penipuan dan perkauman yang tiada kesudahan oleh Umno dan konco-konconya.

“Kami menuntut agar tindakan diambil terhadap kenyataan berbau zalim, yang bukan sahaja menghina peribadi Datuk Ambiga tetapi juga satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia secara am dan masyarakat India khususnya,” katanya lagi.

Lim memberitahu rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan yang tidak bertamadun oleh Ibrahim dan Ali yang mahu taraf warganegara Ambiga dibatalkan.

“Kenyataan Ali Rustam yang berbunyi ‘adalah lebih baik kehilangan seorang daripada kehilangan banyak nyawa’ merupakan ancaman berselindung secara halus dan benar-benar tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Menteri yang dipilih,” katanya.

“Kenyataan biadap sedemikian masih belum disiasat dan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak berpelembagaan dengan bersifat perkauman dan menghasut,” katanya lagi.

mereka akan senyap macam lembu kenyang bila ada isu perkauman!

mereka akan sengih macam beruk dapat tahi bila ada isu perkauman!

sedar lah rakyat, jangan diperodohkan lagi!

bangun! kalau kita tolak najib bermakna kita tolak kezaliman dan penindasan secara automatik di malaysia ini!

tolak umno!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.