Bersih 2.0, mampukah tekanan hentikan semangat rakyat?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan kerajaan telah mengemukakan pandangannya berhubung himpunan aman anjuran Bersih 2.0 sebagai himpunan yang selari dengan Perlembagaan Negara.Sementara polis kini sedang sibuk menyekat, menahan dan mencari siapa sahaja yang memakai, memiliki dan menjual baju ‘kuning’ Bersih 2.0, selain mula menyiasat beberapa pimpinan utama pembangkang berhubung kes Bersih 2.0.

Himpunan aman 9 Julai, pastinya suatu yang ‘besar’ kepada Umno-BN yang dilihat semakin resah dan gelisah dengan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Tekanan demi tekanan dilakukan, ugutan demi ugutan disuarakan oleh pemimpin Umno-BN, penguasa dan pihak yang berkepentingan.Semuanya menyuarakan kononnya himpunan ini akan memudharatkan negara, mencalar imej negara.

Kempen menghentikan Bersih 2.0 kini masuk ke fasa memberi gambaran kononnya Bersih juga diselubungi anasir fahaman komunisme.

Tertera muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Komunis Resapi Bersih’ dengan memberi gambaran kepada orang Melayu agar tidak menyertai himpunan Bersih.

Begitu hebat permainan media hari ini yang boleh sahaja membundar pemikiran rakyat agar terpesong semula dengan khurafat lama Umno-BN kononnya negara ini masih lagi dalam ancaman komunis.

Nampaknya, Umno-BN mula mengerahkan akhbar-akhbar yang mirip kepada mereka untuk menjahanamkan harapan sebilangan besar rakyat Malaysia untuk menuntut perubahan dalam sistem dan perjalanan pilihan raya.

Mana tidaknya, Umno-BN sebenarnya bimbang dengan sikap rakyat hari ini yang sudah mula bosan dengan ‘janji palsu’ Umno-BN selepas masih diberi kepercayaan untuk berkuasa lebih 50 tahun menjadi kerajaan di Malaysia.

Walaupun biasanya dalam usia sebegini sesebuah parti akan mula jatuh, namun Umno-BN masih tidak mahu mempercayai realiti bahawa parti pemerintah mula melakukan kesilapan yang besar dengan menggunakan kuasa sewenangnya untuk mempertahankan kekuasaan.

Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi awam dan media kini semaksimanya digunakan bagi menyekat suara rakyat, dengan momokan bahawa Bersih mempunyai agenda jahat.

Walhal jika diteliti lapan tuntutan Bersih tidak satupun boleh menggugat keselamatan mahupun ketenteraman awam, malah jauh daripada idealisme komunis seperti yang dipropagandakan kini.

Lapan tuntutan Bersih antaranya;supaya pihak SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Ramai yang melihat, tuntutan ini wajar dan SPR mahupun kerajaan memerintah tidak perlu ‘gentar’ kerana ianya juga akan menguntungkan Umno-BN jika suatu hari nanti mereka bergelar ‘pembangkang’. Di kedia kopi, di dalam bas, di pejabat malah di surau sekalipun, rakyat terus membincangkan himpunan Bersih 2.0. Ada suara sumbang yang menolak.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.