Bodoh Demokrasi!

IGP: Polis minta Bersih adakan himpunan di luar KL

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis telah meminta Bersih 2.0 agar mengadakan perhimpunan mereka pada Sabtu ini di luar ibu negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata langkah ini perlu demi kepentingan orang ramai yang tidak terlibat dalam pergerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya.

“Saya mengesyorkan mereka agar mengadakan di luar Kuala Lumpur. Jangan menyebabkan kesesakan di Stadium Merdeka yang dekat dengan pusat bandar raya dan menyebabkan gangguan,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih 2.0 termasuk ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan petang ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.