Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan
KUALA TERENGGANU, 10 Julai — Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.
Katanya daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama Online, punca kejadian masih disiasat, namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.
“Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

No comments
Post a Comment