Mat Sabu Tidak Takut Ditahan ISA. Umno Jadi Gila

Jika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekalipun, pemimpin Pas tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, beliau dan pemimpin Pas yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit sebelum perhimpunan berlangsung, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

“Tak apalah kalau pihak berkuasa mahu menahan, mereka memang ada kuasa, inilah dinamakan perjuangan, inilah untuk masa depan negara.

“Pas akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, Pas tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden Pas dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

Mohamad berkata, polis tidak sepatutnya menutup pintu rundingan dengan penganjur Bersih 2.0.

“Sekarang ini kalangan penyokong Bersih 2.0 adalah kumpulan pencinta demokrasi dan jika pihak berkuasa mendakwa mereka menggunakan ISA, dunia akan jadi pelik. Kita tahu kerajaan ada kuasa untuk tahan.

“Ini pencinta demokrasi kalau dahulunya ISA dikenakan kepada militan yang menolak demokrasi dan ini sepatutnya tidak berlaku kerana apa yang berlaku (Bersih 2.0) adalah untuk menuntut keadilan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih,” katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.