Nate Umno!

Rais: Kabinet tak benar Bersih 2.0 guna Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.

Dipetik Bernama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.

“Oleh itu perlu bagi kumpulan berkenaan diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang memohon (menggunakan stadium)... atas nama Bersih yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai kumpulan sah tidak boleh.

“Permohonan untuk (menggunakan) Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, oleh demikian mereka perlu mencari stadium atau tempat lain seperti di Kelantan ataupun Selangor,” kata beliau.

Sambil berkata pandangan itu dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, kata Rais, maka selaku menteri berkaitan penerangan beliau wajar menyampaikan latar belakang ataupun keputusan tersebut.

Sekretariat Bersih 2.0 dengan menerima jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan dan digantikan dengan perhimpunan dalam stadium.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.