Pecah Tembelang! Najib Dan Puak UMno Laknat Dah Gelabah!

Sehari selepas Bersih, Umno mahu pamer Najib sokongan

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 10 Julai — Umno mengambil pendekatan segera untuk mempamerkan kesetiaan dan sokongan padu ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehari selepas ibu negara “digegarkan” dengan perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Tidak sampai 24 jam selepas perhimpunan Bersih 2.0, ibu pejabat Umno menganjurkan program setengah hari, yang menurut pemimpinnya bertujuan “menunjukkan referendum dan sokongan jentera” parti itu ke atas Najib selaku presiden dan perdana menteri.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di sebalik sekatan dan halangan ketat pihak berkuasa di seluruh semalam, yang menurut penganjurnya “sangat berjaya” kerana dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta di seluruh ibu negarav.

Polis pula menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang berkumpul di pusat bandar raya iaitu di sekitar Puduraya dan Dataran Maybank — yang terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka, lokasi perhimpunan menjadi pilihan Bersih 2.0.

The Malaysian Insider difahamkan, majlis hari ini yang diusahakan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan, dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Najib”.

“Ia program saat-saat akhir, dimaklumkan beberapa hari lalu (pertengahan minggu lalu),” kata seorang ketua bahagian kepada The Malaysian Insider.

Seorang lagi ketua bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, notis pemakluman mula diterima sejak awal minggu ini.

“Kita boleh anggap ini sebagai program menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada Datuk Seri Najib, ketika negara berhadapan dengan ujian terbaru ini,” kata beliau merujuk kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Selaku perdana menteri dan presiden Umno, Perhimpunan Bersih 2.0 meskipun pemimpin-pemimpin Umno dan BN menganggap tidak berjaya, tetapi tidak menolak ia juga satu ujian besar ke atas kepimpinan dan pentadbirannya.

Pengkritik Najib menganggap perkembangan sejak 1 Julai lalu termasuk campur tangan istana sebagai satu tamparan ke atas kredibiliti beliau dan ia harus diperbaiki sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia dilihat menjadi ujian kepada Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri 27 bulan lalu, ketika sebahagian pemimpin Umno merasakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak sewajarnya perkenan menerima kehadiran sekretariat Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.

Dua hari sebelum pertemuan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah agar setiap permasalahan yang timbul termasuk tuntutan Bersih 2.0 sekarang diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Campur tangan dan nasihat itu tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini, yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan.

The Malaysian Insider difahamkan semua ketua bahagian dan setiausaha penerangan diminta hadir pada majlis pagi ini.

Selain kepimpinan bahagian, majlis itu akan dihadiri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan.

SMS daripada ibu pejabat Umno yang dihantar kepada wakil-wakil media memperlihatkan keseriusan program hari ini walaupun ia diaturkan saat-saat akhir.

SMS itu antara lain berbunyi “walau (pun) majlis tutup, rakaman visual atau foto semasa perdana menteri berucap untuk tunjukkan referendum, sokongan padu jentera Umno, pelbagai NGO dan pesilat. Jika melimpah, visual atau foto luar dewan juga menjadi bukti sokongan.”

Pertemuan hari ini juga menurut seorang ketua bahagian akan digunakan sebagai peluang mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.